Sakinah Bidas Netizen Kutuk Rambut ‘Afro’ Anak; “Kamu Semua Sangat Menyedihkan.”

Share

Pelakon Sharifah Sakinah melahirkan perasaan kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengejek serta mengutuk penampilan rambut anak tunggalnya, Anais Adha.

Berkongsikan luahan itu di laman Instagramnya, Sakinah, 33, menyifatkan golongan sebegitu sangat menyedihkan.

“Kamu semua sangat menyedihkan!Mari kita bincangkan kenapa orang mahu mengutuk/mengejek rambut afro cantik yang dimiliki Anais,” tulis Sakinah di ruangan kapsyen.

Pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik tajuk berita sebuah portal tempatan yang melaporkan mengenai keadaan rambut anaknya yang menjadi bahan ejeken netizen baru-baru ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Sakinah dan anaknya agar tidak membaca komen-komen negatif tersebut.

Malah, kakak Sakinah, Sharifah Shahirah juga turut berkata rambut anak Sakinah mengambil gen daripadanya yang turut memiliki rambut jenis kembang.

“I selalu rambut macam tu siap ada kutu… kawan i ramai ok je happy. Ikut aku ler… ok je jadi orang,” tulis Shahirah.

“Crazy rambut gitu kena ejek… for me, her hair sangat unik dan cantik.

“Why people so rude! Perfect sangat ke mereka yang ejek tu?

“Yang ejek-ejek tu macam tak berakal pula. Nanti kata bodoh, marah.

“Kesian, budak kecil pun nak dikecam,” komen sebahagian netizen.

Sekadar info, Anais, 5, merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Sakinah dengan bekas suami, Aliff Adha.

Sakinah kemudiannya berkahwin dengan jejaka Sweden, Michael Hansen dan kedua-duanya kini menjalani perkahwinan jarak jauh berikutan suaminya kini sudah kembali bekerja di negara kelahirannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.  Klik di sini.

Foto:  Instagram Sharifah Sakinah

IKLAN