Ads

“Kami Usaha Percepatkan…,” – Ahirine Ahirudin & Kekasih Rancang Kahwin Tahun Depan, Bibit Cinta Bermula Sebab Sukan Basikal

Selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Ahirine Ahirudin kini merancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan bersama pilihan hatinya yang juga bekas atlet berbasikal, Hafidz Hamid.

Mengulas perkara tersebut, Hafidz memaklumkan mereka sememangnya sudah mempertimbangkan untuk mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, kedua-duanya perlu mengambil kira komitmen kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan besar itu.

“Kami Usaha Percepatkan…,” – Ahirine Ahirudin & Kekasih Rancang Kahwin Tahun Depan, Bibit Cinta Bermula Sebab Sukan Basikal

“Insya-Allah kami sedang berusaha untuk mempercepatkan segala perancangan supaya tidak timbul sebarang kata-kata negatif daripada netizen.

“Namun, untuk tahun ini agak padat kerana saya sendiri mempunyai komitmen kerja dan beberapa perkara yang perlu dicapai.

“Kami memang agak terikat dengan jadual masing-masing. Insya-Allah, jika dipermudahkan, perancangan itu mungkin direalisasikan tahun hadapan,” katanya.

Hafidz berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem terbaharu lakonan Ahirine, Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Midvalley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ads

Dalam masa sama, Hafidz menjelaskan hubungan mereka kini semakin serius apabila kedua-duanya sudah saling mengenali keluarga masing-masing.

“Kami Usaha Percepatkan…,” – Ahirine Ahirudin & Kekasih Rancang Kahwin Tahun Depan, Bibit Cinta Bermula Sebab Sukan Basikal

“Alhamdulillah, dari hari ke hari saya semakin mengenali dirinya termasuk keluarganya. Dia juga sudah mengenali keluarga dan latar belakang saya.

“Jadi setakat ini tiada sebarang masalah dan kami melihat hubungan ini boleh diteruskan ke fasa seterusnya,” katanya.

Kisah Cinta Bermula Dari Minat Berbasikal

Ditanya mengenai keterbukaan mereka di media sosial, Hafidz tetap memilih untuk berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi bagi mengelakkan spekulasi yang tidak tepat.

Ads

“Kami Usaha Percepatkan…,” – Ahirine Ahirudin & Kekasih Rancang Kahwin Tahun Depan, Bibit Cinta Bermula Sebab Sukan Basikal

“Dalam situasi seperti ini, orang luar tetap akan bercakap walaupun bukan netizen. Apabila kita membuka ruang, pelbagai andaian akan timbul.

“Lebih baik kami mengambil langkah untuk menutup ruang spekulasi daripada terus berlarutan dengan perkara yang tidak benar,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Hafidz juga mendedahkan hubungan mereka telah terjalin lebih setahun dan bermula daripada minat yang sama dalam sukan berbasikal.

Ads

“Kami Usaha Percepatkan…,” – Ahirine Ahirudin & Kekasih Rancang Kahwin Tahun Depan, Bibit Cinta Bermula Sebab Sukan Basikal

“Hubungan kami sudah rapat lebih setahun, kira-kira setahun dua bulan. Kami mula berkenalan sejak dahulu lagi ketika dia aktif dalam sukan berbasikal sebelum beralih ke Muay Thai.

“Kebetulan saya juga bekas atlet berbasikal, jadi dari situlah titik perkenalan kami bermula. Jarang juga untuk melihat individu yang menarik dalam dunia berbasikal, namun di situlah saya mula mengenalinya,” katanya.

Sebelum ini, hubungan Ahirine dan Hafidz mula mencuri perhatian apabila kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi momen bersama di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Ahirine Ahirudin & Hafidz Hamid

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Papa Sentiasa Menyokong…,” – Norman Hakim Bersyukur Maria Danisha Raih A...

Tahniah kepada anak bongsu kepada pelakon terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Maria Danisha Hakim yang telah mencatatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan...
error: Hello. Cannot.