Tak habis lagi nampaknya drama melibatkan ibu Selena Gomez, Mandy Teefey dan penyanyi, Justin Bieber apabila wanita tersebut memberikan kenyataan mengenai hubungan baru Bieber.

Saat penyanyi lagu ‘Wolves’ itu kembali bercinta dengan penyanyi lagu ‘Love Yourself’ itu, Teefey secara terang-terangan tidak menyetujui hubungan mereka.

‘Kami Tidak Bercakap Mengenainya’- Ini Respon Mak Selena Gomez Bila Justin Bieber Ada ‘Awek’ Baru

Malah, Gomez juga dikatakan melanggar larangan Teefey untuk terus berhubungan dengan Bieber membuatkan hubungan kedua beranak itu goyah.

IKLAN

Bagaimanapun, Gomez terkenal dengan seorang yang amat menghormati institusi kekeluargaan akhirnya mengambil langkah ‘merehatkan’ sementara hubungan dengan Bieber untuk berbaik semula dengan ibunya.

‘Kami Tidak Bercakap Mengenainya’- Ini Respon Mak Selena Gomez Bila Justin Bieber Ada ‘Awek’ Baru

IKLAN

Namun, awal Mac lalu, E! News melaporkan bahawa Bieber kini menemui pengganti Gomez dengan seorang model.

Saat ditanya mengenai hubungan anaknya dengan Bieber, Teefey memberikan respon tidak ambil tahu mengenainya.

IKLAN

“Korang semua kan tahu sebelum saya, lagipun kami tidak bercakap mengenainya,” katanya kepada media tempatan.

Dalam pada itu, melalui temu bual tersebut juga, MH difahamkan bahawa Gomez dan ibunya kini kini lebih menumpukan mengenai hubungan perniagaan mereka sebagai eksekutif produser drama ’13 Reason Why’.

Pada MH, drama melibatkan 3 watak utama ini mungkin akan ada musim kedua memandangkan ia masih belum tamat dengan berakhirnya hubungan Gomez dan Bieber. Kita tunggu dan lihat sajalah ya.

sumber: E! News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI