Ads

“Kami Tak Perfect, Tapi Serius Bila Bab Usaha!,” – Reen Rahim Bersyukur, Dedah Realiti Berniaga Dengan Suami

Pelakon yang juga usahawan, Reen Rahim meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap perjalanan perniagaan yang dibina bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Reen menggambarkan realiti hubungan mereka yang mungkin tidak sempurna, namun tetap kuat apabila melibatkan soal tanggungjawab dalam bisnes yang diusahakan bersama.

Serius Dalam Tanggungjawab

Reen mengakui, dia dan suami bukanlah pasangan paling sempurna, namun ada sisi lain yang mungkin ramai tidak tahu.

“Betul, kami ini bukan pasangan paling matang. Kadang gaduh manja, kadang gelak tak masuk akal, kadang main lebih dari buat kerja.

“Tapi satu benda yang kami tak pernah main-main iaitu tanggungjawab. Lagi-lagi bila melibatkan bisnes dan produk yang kami keluarkan sendiri,” luahnya.

Tambah Reen lagi, hubungan sebagai suami isteri dan rakan niaga banyak mengajar mereka menjadi lebih matang serta komited dalam setiap langkah.

“Di sebalik gelak tawa tu, ada dua orang yang belajar untuk jadi lebih dewasa. Yang belajar untuk buat sesuatu dengan hati, dan yang belajar untuk buat sehabis baik setiap hari.

Ads

“Kami mungkin tak perfect, tapi kami serius bila bab usaha. Serius bila bab rezeki. Serius bila bab jaga kualiti.

“Ini perjalanan kecil kami dan kami bersyukur teaster pun dah sangat-sangat ramai dapat mantfaat. Terima kasih sebab ikut perjalanan kecil kami ini,” kongsinya lagi.

“Kami Tak Perfect, Tapi Serius Bila Bab Usaha!,” – Reen Rahim Bersyukur, Dedah Realiti Berniaga Dengan Suami “Kami Tak Perfect, Tapi Serius Bila Bab Usaha!,” – Reen Rahim Bersyukur, Dedah Realiti Berniaga Dengan Suami “Kami Tak Perfect, Tapi Serius Bila Bab Usaha!,” – Reen Rahim Bersyukur, Dedah Realiti Berniaga Dengan Suami “Kami Tak Perfect, Tapi Serius Bila Bab Usaha!,” – Reen Rahim Bersyukur, Dedah Realiti Berniaga Dengan Suami

“Kami Tak Perfect, Tapi Serius Bila Bab Usaha!,” – Reen Rahim Bersyukur, Dedah Realiti Berniaga Dengan Suami

Ads

Peminat Beri Sokongan

Hantaran yang dikongsikan itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji keterbukaan serta kesungguhan mereka mengukuhkan perniagaan bersama sebagai satu pasukan.

Ini antara komen baik yang ditinggalkan;

“Alhamdulillahh terbaik, semoga sentiasa berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan serta bahagia selalu ya.”

Ads

“Fly high love birds.”

“Suka tengok dia orang happy.”

“Semoga kak Reen terus berjaya, bahagia dan dipermudahkan segala urusan.”

“Benda jadi, repeat!!”

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Astro Bawakan Pengalaman Eksklusif: GV12 & Vaganzers Bersatu Suara

Sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menunjukkan sokongan luar biasa, program realiti popular Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) telah menganjurkan program Vaganzers Karok Vaganza pada 16 Januari lalu, dua hari sebelum malam kemuncak berlangsung.
error: Hello. Cannot.