“Kami Sayang Anda,” – Hargai Jasa & Penat Lelah, Nora Danish Seru Rider Penghatar Makanan Carum PERKESO

Share

Baru-baru ini, pelakon, Beto Kusyairy ada membintangi sebuah drama pendek terbitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Drama pendek yang diadaptasi daripada kisah sebenar ini mengisahkan mengenai seorang rider penghantar makanan yang sering kali mengambil mudah soal caruman PERKESO.

Video berdurasi lebih tujuh minit ini nyata menyentuh hati ramai pihak termasuklah pelakon, Nora Danish.

Menurut Nora, video ini telah membuatkan dirinya berasa terpanggil untuk menyeru kepada semua rider penghantar makanan untuk membuat caruman sebagai langkah berjaga-jaga.

 “I just think that i needed to share this too. Kepada rider rider yang gigih bekerja terutama time PKP ni , pagi petang siang malam untuk sara kehidupan, jgn lupa membuat caruman ok?

“Kami sayang anda dan anda harus sayangi keluarga anda,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon drama Bougainvillea ini turut mengakui dirinya amat menghargai jada dan penat lelah rider penghartar makanan yang selama telah melakukan kerja mereka dengan baik.

“Selama ini bila order apa2 ,
kak Ha yang turun ambilkan barang.
Semalam Nora sendiri turun, tengok kusut masai lunyai dah rider rider sibuk menghantar barang sana sini untuk keperluan kita semua.

“A Million thanks to rider rider seluruh Malaysia. Stay strong dan jaga diri ok
Keselamatan harus diutamakan,” katanya lagi.

Sementara itu, Nora turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Beto dan kesemua tenaga kerja drama pendek ini kerana telah menyampaikan mesej yang sangat baik.

“Khas juga untuk mereka yg keluar bekerja. Such a good message for all of us. Thank @beto_kusyairy & the rest of the casts,” akhirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut memuji impak yang diberikan oleh drama pendek tersebut.

Sumber: Instagram Nora Danish

IKLAN