“Kami Power Nyanyi,” – Bukan Pasangan Suami Isteri, Sharif & Syaiful Zero Rupanya Peserta Ke-6 Famili Duo 3

Share

Teka-teki mengenai siapakah pasangan terakhir yang akan melangkapkan tujuh senarai peserta yang akan berentap di program realiti nyanyian, Famili Duo musim ke-3 akhirnya terjawab.

Selepas selesai lima peserta membuat persembahan, program terbitan TV3 ini tampil membuat kejutan apabila mengumumkan, gandingan adik beradik pelawak, Sharif dan Syaiful Zero juga bakal bersaing di Famili Duo 3.

Menurut Syarif, mereka menyertai program ini untuk bertanding sebagai penyanyi dan bukan pelawak.

“Kami penyayi. Siapa pelawak? Sebab kami ‘power’ menyanyi. Sebab itu kami terima tawaran ini,” katanya dalam nada jenaka.

Enam pasangan peserta lain yang bertanding adalah Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik); Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik); Fuad Rahman dan Tom (suami isteri); Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik); dan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Famili Duo 3 diacarakan gandingan pengacara Izzue Islam dan Janna Nick, manakala kerusi juri pula menyaksikan gandingan juri Ajai dan Mas Idayu.

Program Famili Duo 3 ditayangkan secara langsung di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam.

IKLAN