“Kami Percaya Peluang Dalam Industri Hiburan Tidak Berkesudahan,” – Celebrity Superstar Asia 2022 Optimis Cari Individu Berbakat Tak Kira Bangsa

Share

Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy, akan menganjurkan pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022.

Bakal menjalankan uji bakat secara dalam talian dan fizikal bermula April depan, program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak.

Peserta yang mempunyai bakat berbeza seperti nyanyian, tarian, persembahan silap mata dan berbagai lagi amatlah dialu-alukan untuk mengambil bahagian.

Antara panel hakim yang akan terlibat dalam uji bakat tersebut ialah Dr. Casey Broadway, Pengasas Broadway Akademi di Malaysia, Encik Ryon Lee, penulis skrip dan pengarah filem terkenal, Encik Ayez Shaukat, pengarah aksi terkenal merangkap pelakon dan ramai lagi.

Pengasas Bersama dan Penerbit Eksekutif Quinton Academy, Aron Koh dalam satu kenyataan berkata, objektif ini dilakukan bagi mengumpulkan bakat di seluruh Asia Tenggara bagi menghasilkan kerja yang lebih hebat.

“Kami percaya peluang dalam industri hiburan tidak berkesudahan. Cineplus ialah platform untuk mempamerkan individu berbakat dan program berkualiti. Kami mahu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang mahu mendedahkan bakat mereka bersama kami,” katanya.

Malah, pihaknya juga optimis bahawa akademi tersebut melatih pelajar dan penghibur amatur agar mereka dapat berada pada tahap standing dengan artis persembahan dan pasukan kreatif di Amerika dan seluruh dunia.

Peserta Celebrity Superstar Asia 2022 berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM200,000 termasuk wang tunai, kursus Quinton Academy dan kontrak meneruskan kerjaya mereka dalam industri hiburan.

Pada masa sama, penganjuran Celebrity Superstar Asia 2022 ini juga antara lain dilihat mampu mengumpul sekali gus menyatukan bakat tanpa mengira bangsa.

Maklumat lanjut berkenaannya boleh didapati di Facebook dan Instagram rasmi Quinton Academy dan Lomo Pictures. 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN