
Kebelakangan ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu penyanyi yang didakwa tidak menerima bayaran setimpal daripada pihak penganjur apabila dijemput membuat persembahan di sesebuah acara.
Mengulas mengenai isu sama, kumpulan Caliph Buskers turut mendedahkan, mereka pernah berdepan situasi serupa, apabila pihak penganjur menawarkan bayaran rendah walaupun mereka tampil sebagai kumpulan muzik lengkap.

“Kalau Caliph, letak RM3,500 ke atas, biasanya mesti akan kena palau dengan organizer. Dengan harga itu, bukan makan seorang ye. Kami kongsi berlapan termasuk crew.
“Itu pun belum tolak dengan kos-kos lain yang perlu kami utamakan. Kita bukan offer dua lagu, lebih dari itu.
“Bila sudah deal dengan penganjur dan habis perform, penonton pula minta tambah, kita tambah ikut masa dan kesesuaian,” tulis pengendali akaun Caliph Buskers di aplikasi Threads.
Tambah mereka, ada juga pihak penganjur yang hanya menawarkan bayaran serendah RM800, walaupun persediaan untuk setiap persembahan memerlukan usaha dan peralatan yang banyak.

“Kita tak guna minus one, tekan play dan boleh terus nyanyi. Kita angkut sendiri gitar, keyboard, bass. Kalau penganjur tak dapat sediakan drum, kita cari drum
“Dah sampai lokasi majlis, kena setup alat muzik. Kena soundcheck, dealing dengan soundman. Test one by one alat muzik tu.
“Sudah okay, kita test semua alat muzik secara serentak. Nak dapatkan sound terbaik untuk penonton. Tu pun ada juga organizer nak bayar RM800 untuk show di Kedah,” ujarnya lagi.
10 Tahun Dalam Industri
Walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan tawaran yang tidak setimpal, Caliph Buskers tetap berpegang pada semangat dan keikhlasan dalam berkarya.

“Alhamdulillah, sudah 10 tahun bergelar anak seni. Hidup Caliph tak mewah macam yang lain. Tak pernah lagi merasa travel holiday oversea, naik business class.
“Tak ada kondo mewah, rumah banglo, kereta mahal-mahal. Cuma adalah merasa naik macam-macam jenis kereta sebab kita hari-hari kena naik grab. Kejap Alza, kejap Bezza, untung-untung sikit dapatlah Honda.
“Kami cukup-cukup walau ada ketikanya sesak meminjam. Syukur rezeki masih mengalir hingga ke hari ini,” kongsinya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Thread & Instagram Caliph Buskers
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




