Pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa syukur dan gembira kerana kehidupannya kini lebih tersusun di samping isteri tercinta.
Lebih sebulan bergelar suami orang, Fendy,32, turut menjelaskan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya, bagaimanapun perlu memikirkan soal keselamatan berikutan pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah seronok… bangun pagi, ada orang dekat sebelah. Kehidupan saya selepas berkahwin ini lebih tersusun. Syukur ada seorang isteri yang memahami kerjaya saya.
“Saya rasa bertuah sebab ada isteri seperti dia. Saya tidak ada niat nak sorok atau rahsiakan. Segala perancangan dilakukan dalam masa singkat memandangkan kita sedang berdepan dengan Covid-19.
“Majlis yang diadakan pula hanya boleh jemput 250 orang sahaja. Walaupun ada had untuk tetamu tapi bimbang tak boleh nak sekat orang nak datang. Tak akan nak halau.
Ads
“Jadi kedua-dua keluarga ambil keputusan untuk buat apa yang perlu dan penting sahaja. Sebab itu, kami adakan majlis pernikahan secara tertutup,” kata Fendy.
Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri selamat bergelar suami kepada wanita yang dikenali sebagai Ayu dalam sebuah majlis sederhana pada 30 Ogos lalu.
Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama Mr. Grey ini mendedahkan, dia mengenali isterinya ketika sama-sama menyertai karnival teater di Kedah, tiga tahun lalu.
Ads
Sepanjang itu, hubungan mereka tidak lebih hanya kawan biasa tetapi atas nama jodoh, dia mengambil keputusan untuk melamar wanita itu dua bulan sebelum majlis pernikahan dilangsungkan.
“Pertama kali kami kenal ketika sama-sama sertai karnival teater di Kedah. Tak ada istilah bercinta atau nak keluar makan dan tengok wayang… hanya kawan biasa.
“Kami pun jarang berhubung, mungkin sebulan sekali. Terdetik hati saya nak melamar dia sebab nampak ada satu ciri kebaikan yang ada pada dia. Lagipun usia saya dah 32.
Ads
“Sudah sampai masa untuk berumah tangga. Jadi saya tanya pada dia ‘kau nak kahwin tak dengan aku’. Kami uruskan persiapan nak kahwin pun dalam masa dua bulan saja.
“Kiranya, kami ini bercinta selepas kahwin,” akhiri Fendy kepada MH.
Terdahulu, Fendy ditemui di Havoc Food Festival 3.0 yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam yang diadakan di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu.
Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 itu menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain meninggal dunia di kediamannya akibat komplikasi pelbagai penyakit kira-kira pukul 7.30 malam, Sabtu pada usia 76 tahun.
Berita sedih itu dimaklumkan anaknya yang juga pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.
Menurut Norzizi seperti yang dipetik mStar, jenazah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, pada Ahad sebelum solat zohor.
“Ya… bapa saya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Dia meninggal dunia di rumah akibat komplikasi banyak penyakit.
“InsyaAllah, esok (Ahad) sekitar pukul 9 pagi jenazah akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sebelum solat zohor,” katanya seperti yang dipetik.
Sekitar Mac lalu, pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu berada dalam keadaan kritikal apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak.
Zulkifli dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang pada 7 Mac lalu.
Untuk rekod, Zulkifli yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar itu pernah diserang angin ahmar pada 2016.
Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.
Selain Norzizi, Allahyarham juga mempunyai empat orang cahaya mata lagi iaitu Norzaza, 38, Norzazila, 36, Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan merangkap personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya kini kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.
Menurut Tyra, dia kini sememangnya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi bukanlah bersama Aazief.
“Ya, saya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi Aazief bukan kekasih saya sekarang.
“Kami tidak kembali bersama seperti mana cakap-cakap orang yang menyatakan kami kembali bercinta.
“Ramai orang buat spekulasi sendiri. Korang ni tengok banyak sangat filem la,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Tyra sewaktu menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya di Instagram.
Bagaimanapun, Tyra mengakui dirinya ada berjumpa dengan Aazief namun menyifatkan pertemuan tersebut tidak lebih sebagai rakan niaga.
“Untuk menjelaskan keadaan, saya dan Aazief adalah rakan perniagaan. Kami bertemu bila ada kerja.
“Kami sangat profesional. Kami masing-masing dah besar la,” kongsinya lagi.
Minggu lalu, kisah diantara Aazief bersama kekasihnya yang juga merupakan Instafamous, Sharifah Rose menjadi tumpuan ramai selepas mereka dikatakan telah memadam gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.
Lantaran itu, timbul pula spekulasi daripada warga net yang mendakwa Tyra menjadi punca keretakan hubungan pasangan tersebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-6, isteri kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, iaitu Shadila Halid ada berkongsi cerita bersama peminatnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Shadila menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik serta sentiasa bersamanya ketika senang dan susah.
“6 tahun lalu” Aku Terima Nikahnya Shadila Binti Halid … “. Bersama ketika naik dan turun, baik dan buruk, lalui semua itu bersama.
“Saya sangat gembira Allah memilih awak untuk menjadi suami saya .. kadang-kadang saya melihat awak dan terfikir “Saya sudah melakukan sesuatu yang betul tetapi apa?”
“6 tahun perkahwinan tetapi terasa seperti saya mengenali anda sepanjang hidup saya. Suatu hari kita akan duduk bersama di Syurga dan memikirkan hari ini..dan mengatakan “ingat ulang tahun ke-6 kita?
“Wah .. bagaimana masa telah berlalu. Kami hanya amatur .. dan hari ini adalah tahun ke-299999 kami bersama. Saya sangat menyayangimu. ” in shaa Allah dan Ameen!
“Selamat ulang tahun ke-6, sayang … hingga selamanya. @alifsatar #AlifShad,” tulisnya.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat mendoakan agar mahligai cinta pasangan ini kekal bahagia selamanya.
Imbas kembali, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata bernama Alisha Anugerah, 5, dan Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, setahun.
Foto: Instagram Shadila Halid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.