Penyanyi, Aliff Aziz yang memuat naik sekping foto bersama seorang model dikenali sebagai Tika Sheikh di media sosial nyata mendapat perhatian netizen.
Sehinggakan, ada di antara mereka yang bertanya hal sama terhadap bekas isterinya, Bella Astillah.
Lantas, Bella Astillah ada merakam video dan menjawab tenang terhadap apa yang disampaikan netizen berhubung isu gambar berkenaan.
“Hai, ramai giler yang DM saya, cakap-cakap macam nak provok gambar Aliff (bersama seorang model)…
Ads
“Tapi saya tak kisah pun sebab kami dah tak ada kena mengena. Lagipun dia di Singapura, saya di Malaysia.
“Saya okay je. Bye. Assalamualaikum,” rakam Bella lalu ia dimuat naik menerusi Insta Stories.
Ads
Terdahulu, Aliff dan Tika dilihat berswafoto bersama dan memuat naik gambar tersebut di Insta Stories masing-masing.
Ads
Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei lalu.
Hasil perkongsian itu, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden Adrean, 2 tahun.
Foto : Intsgram Bella/Aliff/Tika
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini telah hadir ke kediaman rumah penyanyi, Aliff Aziz di Singapura.
Malah, Ebit juga ada berkongsi video yang memaparkan reaksi sebak Aliff apabila mengenang kembali peristiwa hitam yang melanda rumah tangganya beberapa bulan lalu.
“Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz. Terus ke rumahnya.
“Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa.
“Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak.
“Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya.
“Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah,” tulis Ebit panjang lebar.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 500,000 tontonan dan ratusan komen dari netizen.
Video tersebut diakhiri Ebit dengan memeluk erat penyanyi lagu Sayang-Sayang itu.
Terdahulu, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.
Mereka bercerai pada 16 Mei lalu diatas kesalahan Aliff sendiri yang bertindak curang.
Video : Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Apabila bercakap mengenai bintang muda generasi kini, kebanyakannya dilihat lebih terbuka dalam sisi komunikasi dengan peminat tersayang. Malah ada di antara mereka yang punyai hubungan yang cukup rapat, hingga setiap inci pergerakan diketahui peminat.
Lalu, apakah ia menjadi tips untuk kekal disayangi atau masih ada ‘sisa’ kisah peribadi yang tidak dikongsi sebenarnya? Andi Bernadee dan Nabila Razali membuka bicara bersama Ernie Zakri, ‘kakak’ dua bintang muda yang kian mencipta nama.
Andi Bernadee Akui Diri Emosi
Penyanyi yang popular menerusi lagu Donde ini mengakui sebelum ini dia pernah bersuara berhubung dengan kisah sebuah video tular Ramadan lalu. Pertanyaan spontan yang dijawab dalam situasi ‘serba tidak kena’ itu memberi impak tersendiri buat dirinya.
Bagaimanapun, bintang asal Sabah ini tidak mahu memandang ke belakang. Cumanya, dia tidak menafikan bukan semua pandangan yang diberikan itu semuanya betul.
“Bagi saya, isu tersebut sudah pun selesai dan masing-masing ada perbezaan pendapat. Saya pun bukannya budak lagi, sudah cecah usia 28 tahun. Saya bermula dari bawah dan saya terima kalau ada di antara yang membayangkan saya agak tidak matang dalam memberikan respon terhadap isu tersebut.
“Saya belajar daripada kesilapan. Tapi tak bermakna orang di sekeliling itu pun betul. Cuba fikir ada sebab kenapa saya kata begitu. Jadi terpulanglah…saya tidak kisah selagi ia tidak melibatkan isu-isu lain yang sensitif,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Andi turut menjelaskan, menjadi selebriti bukan lesen untuk dimaki sesuka hati oleh ‘haters’.
“Saya mengaku ada ketikanya saya emosi. Saya pun insan biasa sama seperti orang lain. Cuba bayangkan bila orang kutuk, apa yang kita akan rasa?
“Tolong faham keadaan saya. Saya bukan dilahirkan untuk dicaci dan dimaki pembenci. Cuma kalaulah ada pendirian saya yang tidak disenangi, saya minta maaf,” kongsi Andi yang turut menambah ada batas yang perlu dipatuhi olehnya sebelum memberikan pendapat terhadap sesuatu isu.
Ditanya mengenai single terkininya, Donde yang kian sukses hingga ada yang memberikan pandangan yang dia kini agak sukar untuk didekati, Andi ada jawapan sendiri.
“Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang mengenali saya sebelum ini, tahulah saya jenis yang bagaimana. Bagi saya yang berkata begitu seolah-olah sengaja mahu menguji kesabaran.
“Tidak mengapalah, saya tidak akan ambil kisah kata-kata orang,” ujarnya lagi.
“Kenapa Mahu Cerita Dekat Semua?,” – Nabila Razali
Setuju dengan pendirian rakan seperjuangannya itu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali pula memberikan pandapat, tiada guna untuk meluahkan rasa amarah di media sosial.
Bagi penyanyi lagu Pematah Hati ini, ia bukanlah langkah yang sepatutnya dilakukan pengguna media sosial.
“Sebagai ‘public figure’, saya lebih selesa untuk berkongsi hal positif sahaja di media sosial. Memandangkan saya turut membawa nama beberapa jenama sebagai wajah wakilan, jadi saya juga perlu kongsikan perkara yang baik buat pengikut.
“Kalau ditanya mengenai apakah yang akan saya lakukan kalau mahu meluahkan sesuatu di media sosial, kalau boleh saya tidak selesa untuk ceritakan pada orang luar.
“Kalau ada pun, jadilah iktibar tetapi yang penting tidak perlu untuk aibkan sesiapa. Sebelum ini pun saya memang tak berani yang bercerita mengenai hal orang lain meski saya pernah kena kecam teruk juga oleh ‘haters’.
“Tapi bila difikirkan balik kalau kita mahu lawan demi kepuasanya diri, rasanya itu tiada gunanya. Lebih baik fokus terhadap apa yang kita lakukan,” jelasnya optimis.
Bakal menginjak usia 30 tahun dalam tempoh tiga tahun dari sekarang, pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali ini mengakui agak berhati-hati dalam soal jodoh.
“Risau juga dengan berita mengenai kes curang sesama pasangan akhir-akhir ini. Bagaimanapun, saya tidak berani untuk jelaskan secara terperinci kerana saya sendiri pun masih lagi solo.
“Ada sebab keruntuhan rumah tangga atau putus cinta itu berlaku. Cuma kita sebagai individu perlu bijak untuk bawa diri. Macam saya sebolehnya cuba elak untuk berkawan dengan mereka yang sudah punyai pasangan.
“Usah rasa terlalu selesa, bimbang nanti perhubungan itu akan disalah anggap. Isu jodoh, saya serahkan kepadaNya,” ulas Nabila yang yang kini turut menguruskan projek bisnes, Bella Scarf.
Ingin Luahkan, Namun Pendam – Erni Zakri
Sinaran bintangnya kian bergemerlapan setelah hampir 10 tahun terlibat dalam seni. Malah profil kerjayanya juga kian diakui ramai sekali gus membuatkan nama Ernie Zakri menjadi perhatian peminat.
Lalu, situasi tersebut nyata membuatkan bintang asal Kuala Lumpur ini lebih berhati-hati terhadap setiap tindak-tanduk yang dilakukan.
Terutama apabila melibatkan media sosial, penyanyi lagu Kubersuara ini tidak menafikan ada ketikanya dia seakan mahu ‘lepaskan’ tekanan di hujung jari.
“Kita manusia biasa, ada keinginan untuk lakukan perkara tersebut. Bagaimanapun kita perlu tahu bahawa ia bukanla terapi terbaik. Kadang-kala aib itu datang daripada kita sendiri,” terangnya.
Malah, Ernie juga tidak bersetuju andai ada pasangan bercinta yang saling berbalas status apabila timbulnya sesuatu konflik.
“Saya tak boleh komen sebanya kita tidak tahu apakah tahap rasa sakit yang mereka alami. Kita tak tahu macam mana kesedihan mereka, mungkin ia terubat dengan beritahu di sosial media. Siapa tahu kan?
“Bagi saya masing-masing ada cara sendiri dan boleh fikir baik dan buruk selepas sesuatu tindakan dibuat. Cuma kalau saya, lebih baik selesaikan apa sahaja ketidakpuasan hati secara empat mata.
“Bukannya di media sosial. Bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” jelas Ernie.
Sebelum mengakhiri temubual, anak saudara kepada Ziana Zain ini turut memberi pesan agar tidak terlalu tunjuk kebahagiaan di media sosial.
“Kata orang, hal yang baik juga usahlah terlalu ditonjolkan menerusi media sosial. Ini kerana, persepsi satu individu itu tidak sama dengan semua orang. Masing-masing mempunyai reaksi dan telahan yang berbeza-beza.
“Jadinya, adalah lebih baik untuk kita simpan sedikit untuk diri sendiri. Daripada kita tunjuk, lalu ia jadi hal yang lain pula,” akhiri Ernie.
Tanggal 5 Julai 2011, genap lapan tahun pemergian Allahyarham Hj. Wan Omar Wan Ishak iaitu bapa kepada pelakon Fizo Omar.
Lalu, Fizo ada menitip pesanan buat masyarakat di luar sana agar sentiasa menghargai insan yang bergelar bapa ketika mereka masih hidup.
“Al fatihah buat arwah ayah Hj. Wan Omar Bin Wan Ishak. Hari ni genap 8 tahun arwah tinggalkan kami semua.Dan sekitar waktu ini juga jam 9 lbh ayah menghembuskan nafas terakhir.
“Bila ayah dah xde, satu persatu kebaikan n jasa dia akn bermain di memori kita.sudah terlambat utk nak menghargai dan ucapan terima kasih.hanyalah doa anak2 amalan sedekah yg boleh dikirimkan ke atasnya.
“Kpd yg masih beribu bapa, hargailah mereka sebaik baiknya.pastikan tangisan anda di pusara nanti adalah bukan tangisan penyesalan.
“Sama2 kita sedekah al fatihah kpd arwah ayah sya dan kpd semua ahli keluarga dan sahabat kita yg telah pergi,” tulis Fizo disertakan dengan gambar batu nisan yang tertulis nama arwah bapanya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...