“Kami Buat Majlis Nikah Kecil-Kecil Sahaja,”- Tahniah! Fatin Husna Kini Bergelar Isteri

Share

Penyanyi yang mencipta nama melalui lagu duet Khai Bahar, Rahsia Kita telah selamat bergelar isteri Luqmanul Haqim, semalam.

Majlis akad nikah itu diadakan secara kecil-kecilan di surau berhampiran kediaman keluarga Fatin di Seremban, Negeri Sembilan.

Perkara itu dikongsikan penyanyi berusia 24 tahun itu di Instagramnya.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri @luqmanul_93 🥰♥️ terimakasih yang hadir maaf kalau ada kekurangan dan juga pada yg tidak di jemput. sbb kami buat majlis nikah kecil2 sahaja

.

“In shaa Allah tahun dpn majlis saya akan jemput.Doakan untuk kami smoga hbungan ini kekal,” tulisnya sambil disertakan video upacara majlis akad nikah.

Pada majlis akad nikah itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM200 dan menyerahkan sembilan dulang.

Manakala, dibalas pihak lelaki sebanyak tujuh dulang.

 

Terdahulu, Fatin dan Haqim melangsungkan pertunangan pada 12 Oktober lalu.

Video : Instagram Fatin Husna

IKLAN