Sejak malam tadi, nama pelakon sensasi, Sharifah Sakinah menjadi bualan susulan perkongsian terkini yang dikongsikan di Instagram, pada Khamis.
Sambil memuat naik foto bersama suami, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, menulis kapsyen mengenai kepercayaan, ideologi serta perspektif yang berbeza.
Kumpulan wanita baharu, Stellar yang bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia kini optimis mengatur langkah dalam industri seni tempatan.
Dianggotai oleh Farisa, Hany, Hasya dan Sheena, mereka mengharapkan pencinta seni lokal menerima hasil karya yang mereka akan tampilkan sekaligus menjadikannya sebagai inspirasi.
“Sasaran pertama kami adalah lebih kepada para remaja dan wanita yang sedang mencari identiti tersendiri, terutamanya mereka yang ingin berpijak dengan kaki sendiri dalam meniti kehidupan yang semakin dewasa.
“Harapan kami, tentunya kami mahu orang ramai khususnya pencinta muzik di Malaysia menerima hasil karya yang kami tampilkan dan menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam pelbagai situasi kehidupan.
“Selain itu, kami mahukan karya kami dijadikan sebagai sumber hiburan dan diterima oleh masyarakat dan pastinya kami mahu Stellar bertahan dan berjaya dalam industri hiburan,” kata Farisa mewakili Stellar.
Dalam pada itu, Stellar akui beberapa kumpulan wanita lain telah berjaya mencipta nama, pada masa sama, ada juga yang sedang mendaki populariti. Namun mereka melihatnya sebagai satu pencetus semangat.
“Kita sedia maklum dengan kumpulan-kumpulan wanita yang sudah bertapak di Malaysia seperti Dolla, De Fam dan lain-lain. Kami melihat kejayaan mereka sebagai satu inspirasi agar tidak berputus asa. Kami juga berpegang pada prinsip ‘kalau mereka boleh, kenapa kami tidak?’.
“Segala cabaran dan rintangan yang mungkin akan berlaku, kami akan jadikan ia sebagai ‘guru’ yang mengajar dalam memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik,” kata Farisa lagi.
Dalam pada itu, Hany pula berkongsi keistimewaan serta keunikan mereka sebagai artis baru yang ingin ke depan dalam industri.
“Kami adalah kumpulan yang betul-betul baru, bak kata orang masih ‘fresh’ lagi. Jadi, kami berani dan yakin untuk berhadapan dengan perjalanan yang tentunya mempunyai pelbagai dugaan, kita tahu, untuk menjadi penyanyi, bukan semuanya indah belaka.
“Selain itu, kami juga bersedia untuk menerokai pelbagai perkara baru tentang industri hiburan ini serta menerima teguran seandainya kami ada melakukan kesalahan. Untuk imej kami sebagai artis berkumpulan pula, tentunya setiap antara kami setia dalam persahabatan walau apa jua keadaan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, single sulung mereka berjudul Where You Wanna Go tidak lama sahaja lagi.
“Kami akan melancarkan single pertama pada bulan November ini, tidak hanya satu lagu itu sahaja, kami pastinya akan bekerja keras dalam menghasilkan lagi banyak karya pada masa akan datang,” tambah Farisa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendatang baharu, Rayme Zainal mendedahkan dia terharu andai ada yang menyamakan dirinya mirip kepada selebriti, Roslan Shah, seperti mana yang terpapar menerusi video tular di Twitter baru-baru ini.
Menerusi video kurang seminit itu, Rayme, 44, yang berada di sebuah kafe tiba-tiba didatangi individu yang pada awalnya menyangka dia ialah Roslan Shah.
Semalam ada kawan duk lepak kat Zus pastu dia hantaq video dia rekod ada mamat aneh mana entah tiba menyanyi2 masa tu.. Tapi kan, kenapa mamat tu muka macam Roslan Shah ek? Ke memang dia? pic.twitter.com/cbOvUir7mb
“Memang ada viral di media sosial dan selalu orang tegur muka seiras saya Roslan dari dulu lagi dan ada juga yang kata seiras pelakon, Cico Harahap.
“Namun saya tiada apa-apa kaitan dengan mereka malah tidak mengenali Roslan juga secara peribadi tetapi pernah berjumpa di program-program umum.
“Bagi saya, Roslan sangat bagus sebagai pengacara dan pandai juga menyanyi. Beliau sangat menghiburkan sebagai pengacara dan juga versatil sebagai selebriti serba boleh,” katanya.
Dia pada masa sama menjelaskan, biar pun seringkali disamakan dengan Roslan, dia sesekali tidak menggunakan kelebihan itu sebagai ruang untuk menumpang populariti mana-mana artis.
Malah menerusi video yang kini mencecah hampir 150,000 tontonan itu, dia turut digelar lelaki aneh gara-gara gemar menyanyi secara terbuka menggunakan fon telinga dengan suara kuat di premis awam sekaligus menerima reaksi pelbagai netizen.
Pemilik nama lengkap Rayme Zainal Abidin menambah, dia memilih untuk tidak membaca komen-komen negatif, apatah lagi bila dituduh sengaja menumpang populariti mana-mana artis untuk dikenali dan menarik pengikut media sosial.
“Kadang-kadang tertekan juga, tapi saya tidak baca dan ambil pusing komen-komen mereka. Saya anggap itu salah satu perkara yang perlu saya hadapi untuk berada dalam industri.
“Saya yakin lama-kelamaan orang akan biasa dan tidak akan bercakap tentang itu lagi,” ujarnya yang pernah mengeluarkan single Tiada Lagi Esok pada 2020 dan Andai pada Mei lalu.
Sementara itu, Rayme akan mengeluarkan single keempat, Close to You pada bulan depan dan merancang untuk mengeluarkan EP pada tahun 2023.
“Saya sudah lama minat dalam bidang nyanyian ini dan sanggup memasuki kelas vokal bersama beberapa guru vokal selebriti iaitu Cikgu Shafi, Cikgu Sarah Ismail dan Cikgu Aruel Ariel sejak tahun 2017 sehingga hari ini.
“Namun hehadiran sebagai penyanyi bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada berkongsi minat dan bakat dalam bidang nyanyian.
“Berharap agar nyanyian dan lagu-lagu ciptaan sendiri diterima pendengar dan semoga mendapat tempat di industri hiburan tanahair,” katanya lagi.
Sebagai rekod, Rayme pernah menjadi juara di pertandingan atas talian anjuran Sajakiri Musicdab dan menyertai program musim pertama All Together Now Malaysia.
Pada April lalu, dia yang memiliki bakat sebagai komposer turut mengeluarkan single ketiga sempena Aidilfiti yang bertajuk Rindu Di Hari Raya
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, tampil memberikan reasi susulan komen yang diberikan sesetengah penonton mengenai tindakan hosnya, Elly Mazlein yang didakwa ‘turut sama’ menari di tengah pentas menerusi beberapa persembahan bintang bertanding.
Sekaligus, ia mencetuskan tular di media sosial apabila ada penonton yang menyatakan rasa kurang selesa mereka.
Memetik Gempak, pihak saluran Astro Ria memaklumkan apa yang dilakukan oleh Elly atau lebih mersa disapa sebagai Kak Lina itu selaku pengacara bersama rakan hos, Nabil Ahmad.
“Apa yang berlaku malam ni sebenarnya tidak dirancang. Ia spontan dan Kak Lina pun bawa tenaga konsert malam ni. Ada part dia menari keluar masuk tu completely tiada kawalan.
“Kami ambil maklum setiap komen daripada penonton. Apa-apa pun ini adalah pertandingan dan kami akan pastikan ia tidak mengganggu peserta-peserta GV9.
“Saya tahu ramai orang ada pendapat masing-masing dan kami juga akan beri nasihat pada Kak Lina juga. Harapnya minggu depan dengan tema kerohanian, semuanya lebih terkawal.
“Tapi dari pihak saluran sendiri, kami mahu seimbangkan antara nilai hiburan dan tidak mahu menjejaskan persembahan sesiapa,” jelasnya seperti yang dipetik.
Terdahulu, aksi Elly khasnya sewaktu persembahan Jaclyn Victor dan Fuad Rahman misalnya dilihat mampu mengganggu tumpuan peserta untuk memberikan persembahan terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber : Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.