MH ada dengar khabar angin mengatakan bahawa hubungan pelakon, Zahirah Macwilson dan kekasihnya, Zul Ariffin sudah berakhir.

Bagaimanapun, aktres tersebut menafikan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

‘Kami Baik-Baik Sahaja’ Zahirah Macwilson Akui Masih Berhubung Dengan Zul Ariffin

IKLAN

“Cukup sekadar saya katakan kami baik-baik sahaja dan masih berhubung, tapi saya enggan komen lanjut mengenai hubungan kami. Saya dan Zul tak bergaduh atau bermasam muka.

“Saya mohon maaf kerana tak dapat memberikan penjelasan terperinci. Sebagai perempuan, tak manis untuk saya memberikan komen berlebihan. Banyak hati yang perlu saya jaga dan saya juga tak nak babitkan pihak lain.

“Sekarang, masing-masing sibuk dengan tawaran lakonan. Lebih baik kami memberikan fokus terhadap kerjaya,” kata Zahirah kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Zahirah turut menegaskan bahawa dia kini mahu fokus terhadap kerjayanya dan melupakan kontroversi yang pernah dialami tahun lalu.

IKLAN

“Tahun lalu, saya terpalit dengan beberapa kontroversi. Jadi, saya mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

“Saya mahu terus fokus terhadap apa yang saya usahakan dan ingin mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

“Saya juga mahu memberikan kualiti terbaik dalam setiap karakter lakonan untuk membalas jasa keluarga serta peminat yang tidak berhenti menyokong selama ini,” katanya lagi.

MH diberitahu bahawa Zahirah bakal muncul dalam drama bersiri di samping Syafiq Kyle, bertajuk ‘Tidak Ada Cinta Sepertimu’ merupakan naskhah adaptasi novel karya Anna Milia.

IKLAN

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI