Selain barisan peserta, gandingan tiga pengacara di atas satu pentas program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) turut menjadi isu seterusnya menerima reaksi pelbagai peminat.
Ada yang menyambut baik malah tak kurang yang kurang gemar dengan gandingan ketiga mereka yang disifatkan sebagai ‘meleret-leret’ setetusnya meluahkan perkara tersebut di media sosial sejak saingannya dibuka, Ahad lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya akan mengambil maklum setiap pandangan bagi penambahbaikan program tersebut.
“Selepas konsert minggu pertama ini kami akan ambil maklum semua komen yang diberikan. Kami akan ‘bedah siasat’ dan lihat apa yang terbaik boleh dilakukan untuk minggu yang akan datang.
Ads
“Antara pembaharuan yang boleh dilihat adalah mungkin dengan pembahagian pengacara secara bergilir-gilir,” katanya pada sidang media ASGV.
Sementara itu, Norzeha turut mengulas mengenai kejutan produksi yang mengumumkan Liza Hanim sebagai peserta keenam ‘hot seat’, sekaligus melengkapkan senarai 16 peserta.
Sebelum ini, peminat dimaklumkan mengenai hanya lima bintang yang bakal memenuhi ‘hot seats’.
Ads
Ads
“Sebenarnya pihak produksi memang bercadang untuk memilih 16 peserta bagi menyertai program ini walaupun pada awalnya kami beritahu hanya lima ‘hot seat’ ditawarkan.
“Melihat jumlah peserta yang ramai pada penganjuran kali ini, setiap peserta hanya diberikan durasi dua minit 30 saat untuk membuat persembahan terbaik. Selebihnya tiga hos utama ini akan meriahkan program ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, pelbagai cara dilakukan sesetengah pengusaha atau pengasas produk termasuk menggunakan taktik atau strategi melawan arus serta ‘popular’ untuk dikenali dan tular, kebelakangan ini.
Tak ketinggalan, ada ‘modus operandi’ yang acap kali dipraktikkan segelintir ‘geng -geng founder’ ini dengan mempamerkan kekayaan masing-masing khasnya di media sosial.
Misalnya, ada yang tayang rumah besar, kereta mewah bersusun selain memilih untuk beli tas tangan mewah umpama membeli barangan runcit di kedai Aceh.
Difahamkan, tujuan ‘marketing’ tersebut dilakukan atas dasar ingin menarik lebih ramai orang untuk sertai pasukan bisnes mereka termasuklah menjadi ejen mahupun stokis.
Bagaimanapun, situasinya berbeza dengan Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab, yang mempunyai pandangan berbeza dan mungkin dianggap konvensional dalam menentukan hayat dan keberadaan jenamanya.
Pengasasnya, Said Saiful Fazli berkata, apa yang lebih utama ialah terus menghargai ejen yang dianggap aset syarikat dan tak lokek melabur wang untuk memberikan ganjaran dan hadiah sebagai suntikan semangat kepada mereka.
“Sebelum mempunyai jenama produk sendiri, saya pernah 13 tahun bergelar ejen menjual produk orang lain. Apabila saya berjaya buat ‘sales’ atau melonjakkan jualan, pihak ibu pejabat sangat meraikan saya. Sebab itu apabila di posisi sekarang, saya terus praktikkan benda sama kerana saya sangat memahami apa yang ejen mahukan.
“Lumrah dalam hidup, kita akan rasa dihargai apabila setiap kerja dilakukan berbaloi dengan hasil dimiliki. Lebih daripada itu, kita dihargai dengan anugerah atau pelbagai ganjararan untuk menyuntik semangat bekerja. Macam pelakon dan penyanyi, bakat mereka diiktiraf dengan trofi anugerah.
“Selama ini ejen sayalah yang banyak buat jualan untuk syarikat. Jadi tak salah untuk syarikat meraikan dan menghargai mereka. Bukan banyak kos pun untuk semua itu dan nak dibanding dengan usaha ejen melonjakkan jenama dan jualan produk,” katanya.
Namun, Said berkata, dalam berniaga ini tak ada istilah ‘modus operandi’ digunakan itu salah atau sebaliknya.
“Terpulang kepada niat dan tujuan masing-masing. Ada yang cakap itu cara yang betul. Tapi antara wajar dan tidak, tepuk dada tanya selera. Pilihan di tangan masing-masing.
“Pada akhirnya, saya percaya guna ‘modus operandi’ sebegitu atau tidak, niat pengasas produk seperti kami hanya mahu memberi manfaat kepada orang ramai dan membuatkan produknya dikenali.
“Cuma pada pandangan peribadi, apabila pengasas produk tak pandai menghargai ejen dan hanya sentiasa nak tunjuk kemewahan semata-mata sedangkan ejen terus bergelut… tiada gunanya juga. Mungkin ejen itu takkan lama setia dengan kita,” katanya lagi.
Kata Said lagi, sejak jenama itu diperkenal dan dilancarkan April 2021, seramai lebih 25,000 ejen berjaya direkrut.
“Dalam syarikat saya, kami terapkan nilai ‘togetherness’ atau kebersamaan dalam menghargai keberadaan ejen. Perkataan itulah umpama azimat dan kata sakti yang dilaungkan saban waktu.
“Buat apa sama-sama. Biar kaya dan berjaya sama-sama. Jadi itulah yang menjadi halatuju dan tujuan dalam syarikat. Jadi, di ChocoAlbab cara berkenaanlah menjadi salah satu usaha melonjakkan jenama yakni dengan membolehkan ramai ejen berjaya dengan kita. Apabila berjaya sama-sama, insya-Allah kita boleh kekal lama,” katanya.
Tambahnya, dia percaya apabila wujud konsep ramai ejen yang mempromosi jenama produknya, maka di situ ada potensi lonjakkan jenama yang diusahakan.
“Kata kunci di sini, ejen adalah mustahak. Saya takkan melupakan jasa mereka yang berusaha keras menaikkan jenama. Malah ramai ejen saya yang sudah nikmati bonus dan pelbagai rezeki dengan menjual produk ini. Malah syarikat baru saja pulang bercuti menerusi percutian mewah ke Club Med Cherating dan Splash Mania Water Park, Banting.
“Seramai 450 ejen berpeluang menikmati ganjaran percutian itu. Pendek kata, selain memberi ganjaran anugerah dan hadiah, syarikat banyak melaburkan wang untuk pemasaran untuk ejen atau saya sebut sebagai ‘anak team’. Tiga kali seminggu ada kelas coaching untuk mereka.
“Begitulah putaran kerja di sini, selepas ejen bekerja keras mendapatkan hasil diingini, mereka layak diberi ganjaran. Itulah teknik dan resipi saya membina komuniti ChocoAlbab. Yakni membina ‘anak team’ yang berjaya, dihargai dan sekaligus melahirkan usahawan cemerlang,” katanya.
Said turut berpandangan, dalam berniaga perlu ada perancangan ‘sustainability’.
“Melihat jenama popular bertahan, dari situlah saya nampak bagaimana boleh cari makan dengan cara yang berpanjangan. Sebab di luar sana, ada ‘founder’ yang praktikkan cara ‘touch and go’. Cara sebegitu juga mewujudkan ejen yang ‘touch and go’.
“Sedangkan saya nak ejen serta pengedar yang bertahan lama dan bukan bermusim. Sebab itu juga saya suka amal cara syarikat jualan langsung yang lebih praktikal berbanding mengejar sensasi ‘modus operandi’ yang bersifat sementara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Redza Rosli berharap agar para penonton dapat memberi peluang terhadap drama terbaharu lakonannya yang berjudul, Luruhnya Bunga Cinta yang diadaptasi daripada drama fenomena Korea Selatan, Autumn In My Heart.
Menurut Redza, drama ini hanya diadaptasi dan ada jalan cerita yang telah diolah bagi mengikut kesusuaian masyarakat Melayu.
“Sedikit sebanyak memang ada tekanan. Ekspektasi orang ramai terhadap drama ini sangat tinggi. Ini merupakan drama adaptasi. Jadi, ia membawa unsur kemelayuan.
“Kita akan ikut budaya dan tradisi kita yang bersesuaian. Kita tak ikut sepenuhnya. Yang boleh ikut, kita buat. Yang tak sesuai, kita tak buat.
“Mustahil saya sebagai orang Melayu tulen nak menjadi orang Korea. Kalau drama ini 100 peratus sama, mungkin saya akan tolak.
“Saya akan buat yang terbaik. Saya bekerja dengan ikhlas. InsyaAllah akan dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Redza berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama berkenaan yang berlangsung di Galah Gala Seafood Restaurant, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Ahad.
Jelas Redza lagi, dia juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan netizen demi memperbaiki mutu lakonannya.
“Netizen punyai hak untuk bercakap apa sahaja tetapi kita jangan ambil yang negatif. Mungkin ada kesilapan saya sebelum ini yang saya terlepas pandang.
“Bila orang cakap fasal saya, saya menerima dengan hati terbuka. Orang luar berhak untuk berkata apa sahaja fasal saya,” ujar lagi.
Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun ini turut mengulas mengenai suara-suara nakal yang mempersoalkan namanya yang kerap dipilih sebagai watak utama di kebanyakkan drama ketika ini.
“Kenapa saya dipilih? Ini sebenarnya merupakan soal rezeki. Disebalik tawaran itu, ada maksud tersirat. Kita diamanahkan dan dipertanggungjawabkan. Siapa saya nak menolak rezeki Allah.
“Apapun, saya menghormati rezeki yang datang kepada saya. Saya juga manusia yang perlu bekerja dan punyai komitmen,” akhirinya.
Selain Redza, drama 40 episod ini turut membariskan gandingan pelakon lama dan baharu seperti Tracie Sinidol, Nabila Razali, Zila Bakarin dan Datuk Seri Shah Rezza.
Drama ini bakal mula bersiaran pada 19 September ini di slot Akasia, TV3 pada jam 7 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kepada jenama Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli teruja dan optimis untuk meneruskan promosi dua item cantiknya iaitu ‘Set Panas’, Nurraysa Glowing DD Moist Cake (NGDDMC) dan Nurraysa Magic Lipstic yang dilancarkan sejak 2015.
Ia terhasil menerusi ramuan minyak organik marula keluaran jenama berkenaan terus menjadi antara kosmetik mesra wuduk paling laris termasuk menjadi pilihan selebriti terkenal tanah air.
“Kita juga mahu terus menaikkan permintaan dan kesedaran ramai terhadap jenama ini serta Set Panas diketengahkan. Paling utama, kita mahu terus kebal sebagai peneraju kosmetik mesra wuduk nombor satu dan halal di seantero negara termasuk Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.
“Kita juga mahu tekankan pemilihan pembungkusan baharu kerana mahu mengelak kekeliruan dengan ejaan yang betul. Ejaan yang betulialah Magic Lipstick,” katanya.
Tambah Nur Aini lagi, Set Panas menjadi ‘aksesori’ utama terutama yang bekerjaya, suri rumah atau golongan remaja.
“Set Panas ini memudahkan mereka yang nak cepat bersiap. Bahkan cepat nak cuci mekap sebelum solat. Paling penting, ia untuk wanita yang mementingkan kosmetik halal digunakan tanpa was-was.
“Untuk wanita bekerjaya di sektor kerajaan atau swasta, kita mahu semuanya berkeyakinan di tempat kerja. Tak lupa pilihan wanita yang nak cantik bersolek, namun dalam masa sama mementingkan penjagaan tekstur kulit tidak rosak.
“Lebih daripada itu, ia juga untuk wanita yang mahu tampil cantik dengan solekan yang tiada unsur tabarruj.
“Hingga kini, set panas ini juga pilihan dan mendapat sokonganlebih 30 selebriti popular seperti Zulin Aziz, Wan Sharmila, Kim Khatija, Sharifah Shahira, Adira, Eyra Hazali, Alya Iman, Zara Zya dan Diyana Halik,” katanya lagi.
Malah, jenama yang terkenal dengan tagline Apa Sa? Nurraysa, Kosmetik Mesra Wuduk Mekap Mudah Dibersihkan juga diiktiraf halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam(JAKIM) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sejak awal, menjadi tanggungjawab dan amanah saya memperjuangkan azimat peneraju kosmetik mesra wuduk. Selain, saya sendiri menitikberatkan kosmetik yang membolehkan golongan wanita bersolat dengan sah.
“Set Panas ini juga mempunyai kandungan bahan tanpa keraguan, tanpa silikon. Kandungan lipstik juga tiada plumbum yang boleh menghitamkan bibir. Ia juga boleh digunakan sebagai pembayang mata dan pemerah pipi, warna tahan lama.
“NGDDMC sendiri mudah dicuci dan ditanggalkan. Hadir dengan dua tona, Light serta Medium ia juga menjadi gabungan concealer, foundation & powder dengan kandungan SPF50++,” katanya.
Pada masa sama, lebih 600,000 set berkenaan sudah terjual hingga kini sekali gus meletakkan ia sebagai pilihan utama wanita di negara ini.
Serentak dengan itu, jenama ini juga telah melancarkan Kempen Bina Bisnes Bersama Nurraysa yang mensasarkan 135,000 usahawan yang ingin dibantu untuk dijana pendapatan.
“Sekarang kita sudah rekrut usahawan baharu dan takkan putus memastikan usaha ini terus konsisten.
“Ia didorong dengan perjuangan membantu meningkatkan ekonomi dengan menjana pendapatan sampingan walaupun sudah bekerja terutama kenaikan harga barang sekarang,”katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...