Kamal Adli Usik Manja, Sanggup Jadi Kuda Emma Maembong?

Amboi bukan main bersemut lagi kata-kata Kamal Adli memuji kekasihnya Emma Maembong.

Baru-baru ini Emma ada muat naik beberapa keping gambar berbaju gaun ala pengantin warna putih sambil menaiki seekor kuda.

Tetapi jangan panik, semua itu bukanlah gambar pre-wedding atau apa, sebaliknya ia adalah sesi fotografi untuk drama lakonannya bersama Alvin Chong Awak Suka Saya Tak.

Dengan menggunakan kapsyen seperti;

“Dear Prince Charming . Are you playing hide and seek? Because my heart’s broken, and now’s the perfect time to make your dramatic entrance”

Ramai netizen memuji keanggunan Emma yang kelihatan sangat cantik dan suci seperti bidadari.

IKLAN

Namun apa yang lebih menarik apabila semua pengikutnya menyedari satu komen comel dan sweet yang ditinggal oleh Kamal Adli mengusik kekasihnya itu.

“Why sooo cantik? Boleh saya jadi kuda itu?” tulisnya di ruangan komen dengan menggunakan emoticon terpukau.

Usikan Kamal telah membuatkan ramai pengikut Emma geli hati dan mengusik Kamal semula.

Awww so sweet! Apa pun harap-harap mereka akan kekal bersama dan cepat-cepatlah naik pelamin.

Apa pun nah ini dia beberapa keping gambar Emma Maembong sepanjang pembikinan drama Awak Suka Saya Tak?

IKLAN