Ads

Kamal Adli Syukur Dapat Bertemu Hawra Selepas Dua Minggu – “Terima Kasih Juga Kepada Uqasha Kerana…”

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila berkesempatan mengisi masa bertemu anak perempuannya, Hawra Uqaira, selepas lebih dua minggu tidak bersua.

Meskipun pertemuan itu hanya berlangsung beberapa jam, Kamal menyifatkan detik berkenaan cukup bermakna buat dirinya sebagai seorang bapa.

“Hari ini, sebelum datang ke sini (pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026), saya sempat berjumpa dengan Hawra. Sebab itu saya lambat tadi kerana saya meluangkan masa bermain dengannya.

“Seronok sangat selepas lebih kurang beberapa minggu tidak berjumpa,” katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur

Luang Masa Singkat, Tetap Bermakna

Kamal turut menzahirkan penghargaan kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose, kerana memberi ruang kepadanya untuk meluangkan masa bersama anak mereka.

“Apabila dapat berjumpa dengannya hari ini, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Uqasha kerana memberi peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama Hawra.

“Jadi hari ini saya rasa sangat gembira, memang gembira. Tadi dapatlah saya beberapa jam antara 2 petang hingga 5.30 petang tadi,” katanya.

Ads

Pada masa sama, Kamal berkongsi bahawa mereka hanya meluangkan masa di kawasan bawah rumah Uqasha berikutan keadaan kesihatan Hawra yang kurang sihat.

“Tidak, saya bermain di bawah sahaja. Sebab saya tengok dia macam sudah nak kena ‘chicken pox’. Jadi tadi dia tidak memakai baju.

“Saya hanya bermain-main dengannya tanpa di taman permainan di bawah rumah sahaja,” katanya.

Keutamaan Kekal Hubungan Dengan Anak

Menurut Kamal, buat masa ini setiap peluang masa terluang akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertemu anaknya, meskipun jadual kerjanya padat.

Ads

“Sekarang ini, setiap kali saya ada masa lapang saya akan berjumpa. Kebetulan hari ini memang saya lapang, saya baru sahaja sampai dari Kuantan dan saya terus pergi jumpa Hawra dahulu,” katanya.

Tambahnya, keutamaan ketika ini adalah memastikan hubungan dengan anak terus terjalin rapat walau dalam apa jua keadaan.

“Bila ada sahaja masa terluang sekarang ini, saya memang akan cuba cari ruang dan masa untuk berjumpa dengan Haura, itu sahaja.

“Setiap kali turun ke Kuala Lumpur, memang saya akan jumpa anak dahulu. Sebab selepas itu saya perlu bergerak semula untuk sambung penggambaran di Lumut pula,” katanya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Kamal turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya.

“Sebenarnya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, dan mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua yang telah mengucapkan kata-kata baik kepada saya.

“Terutamanya di media sosial saya sendiri, terlalu ramai yang mengucapkan doa dan kata-kata semangat supaya saya terus kuat,” katanya.

Terdahulu, Kamal menerusi perkongsian di media sosial berkongsi rasa rindu yang mendalam apabila sudah lama tidak bertemu Hawra.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Isnin lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

‘Puzzle’ Terakhir Melengkapkan Bahagia Puteri Balqis… Bertunang, Matang & Tenang Menjaga...

Pelakon Puteri Balqis mengakui dirinya kini berada di fasa bahagia selepas bertunang dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Didi pada Oktober tahun lalu.
error: Hello. Cannot.