“Kali Terakhir Bersemuka Kerana Masalah Disiplin,” – Terserempak Bekas Pengetua Sekolah Menengah, Joe Flizzow Teringat Momen Nakal

Share

Penyanyi rap, Joe Flizzow mengakui dirinya berasa amat teruja saat terserempak dengan bekas pengetua sekolah menengahnya di sebuah majlis perkahwinan, baru-baru ini.

Menurut Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak, pertemuan semula itu mengingatkannya kembali ketika momen-momen ‘nakal’ sewaktu di bangku sekolah satu ketika dahulu.

Malah, bekas pengetuanya itu turut mengimbau kembali saat dia bertemu dengan Joe di pejabatnya akibat masalah disiplin.

“Selamat Pagi Cikgu. Bumped into my former high school principle at Sekolah Menengah Subang Utama, Puan Jamilah Rahmat at a wedding yesterday.

“Dia mengingatkan saya yang kali terakhir kita ‘bersemuka’ adalah ketika saya di panggil ke pejabatnya kerana masalah disiplin.

“I was amazed that she remembered every single detail of that meeting,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Ciao itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Pada masa sama, bekas pengetuanya itu turut memuji kejayaan yang telah diraih oleh Joe sepanjang bergelar anak seni.

Dikesempatan itu juga, Joe turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua guru-guru yang tidak pernah jemu demi mendidik anak bangsa.

“Much love to all teachers that showered us with knowledge and love without expecting anything in return.

“She made my day when she said, ‘You turned out alright, more than alright. Nakal takpe, jangan jahat!’. TERIMA KASIH CIKGU!,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersebtuh melihat perkongsian tersebut selain turut menzahirkan rasa rindu terhadap momen-momen ketika di alam persekolahan.

“Tak kira la siapa pun kita, sebelah cikgu kita still macam budak-budak juga.

“Biasanya memang cikgu-cikgu lagi ingat budak-budak nakal dari yang skema kan.

“May Allah bless our teachers with abundance of happiness in this world and hereafter.

“Gurulah yang buat kita jadi manusia,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Joe baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Kena Check hasil kolaborasi bersama rapper wanita, Hullera dan Bungaisme.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Joe Flizzow

IKLAN