Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira mengakui berasa amat gembira selepas mendedahkan dia telah berjaya menamatkan serta mengkhatam Al-Quran, baru-baru ini

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, meskipun proses khatam tersebut tepaksa memakan masa selama bertahun, namun dia tetap bersyukur kerana segalanya telah pun dipermudahkan.

“Kali Ni Mencabar Sebab Cuti Banyak,”- Khatam Al-Quran Meski Makan Masa Bertahun, Erra Fazira Gembira Dalam Syukur “Kali Ni Mencabar Sebab Cuti Banyak,”- Khatam Al-Quran Meski Makan Masa Bertahun, Erra Fazira Gembira Dalam Syukur

Katanya lagi, dia juga sering berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya ketika ingin menghabiskan bacaannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Alhamdulillah. Happy moment! Setelah bertahun..akhirnyaaaa. Kali ni mencabar nak selesaikan sebab cuti lebih banyak,” tulisnya.

Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Kali Ni Mencabar Sebab Cuti Banyak,”- Khatam Al-Quran Meski Makan Masa Bertahun, Erra Fazira Gembira Dalam Syukur “Kali Ni Mencabar Sebab Cuti Banyak,”- Khatam Al-Quran Meski Makan Masa Bertahun, Erra Fazira Gembira Dalam Syukur

Dikesempatan itu juga, Erra turut menitipkan ucapan penghargaannya buat guru yang telah pun membimbing bacaannya selama ini.

Malah, Erra turut memaklumkan dia juga sudah tidak sabar lagi untuk memulakan semula bacaannya itu.

“Terima kasih ustaz @8ilal5ujak diatas segala ilmu dan kesabaran mengajar kami. TAHNIAH!! Let’s do this again,” ujarnya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut memberikan semangat buar Erra untuk terus mendalami ilmu mengenai Al-Quran.

“Semoga Allah selalu merahmati kita dengan Al-Quran dan kita istiqomah mendampingi Al-Quran.

“MasyaAllah, beautiful person with beautiful heart.

“Alhamdulillah syukur. Tahniah Sis Erra. Satu kenikmatan bila kita dapat berhkatam Al-Quran. Tenang dan satu kepuasan. Syukur buat kalian semua.

IKLAN

“Alhamdulillah, semoga segala ilmu diberkatinya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Kali Ni Mencabar Sebab Cuti Banyak,”- Khatam Al-Quran Meski Makan Masa Bertahun, Erra Fazira Gembira Dalam Syukur

Dalam perkembangan lain, Erra kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbaru lakonannya yang berjudul Gerak Khas Undercover.

Gerak Khas Undercover sudah mula bersiaran sejak 1 Oktober lalu di saluran TV3 pada setiap Jumaat jam 10.30 malam.

Selain Erra, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Datuk Aaron Aziz, Salina Saibi, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI