“Kalaulah Beg Saya Boleh Bercakap…,” – Sehelai Sepinggang, Atu Zero Ralat Bagasi Hilang Saat Mahu Tunai Umrah

Share

Anggota kumpulan Zero, Atu ada memohon jasa baik agar bagasinya dipulangkan kembali. Perkongsian yang dimaklumkan pelawak berkenaan itu turut dikongsi menerusi Instagram.

Katanya, meski lagi dua hari dia akan berangkat ke Mekah dari Madinah, bagasinya di dapati hilang ketika tiba di Madinah.

“Alhamdulillah lagi dua hari kami akan berangkat ke Mekah. Tapi ada berita kurang baik apabila luggage saya hilang ketika di Madinah. Mungkin sebab beg telah ‘diwrapped’ lebih kurang sama dengan beg orang lain.

“Tetapi mustahil dia (individu yang terambil bagasinya) tidak check kalau bukan dia punya, dia mesti sudah pulangkan ke tempat sepatutnya memandangkan kami sudah buat laporan kepada pihak penerbangan,” antara kenyataan yang dipetik Atu.

Malah, menerusi video tersebut, Atu juga turut memuat naik alamatnya bagi memudahkan proses memulangkan balik bagasinya.

Tambahnya lagi, dia kini sehelai sepinggang memandangkan barangan keperluan berada di dalam bagasi berkenaan.

“Kalau beg saya boleh bercakap, mesti dia cakap tolong pulangkan saya pada tuan saya sebab dia mahu pakai baju, seluar, spender apa semua. Saya sampai ke sini, sehelai sepinggan,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun menerusi entri yang dimuat naik, Atu memberitahu dia tidak marah sebaliknya sudah masuk tiga hari hal ini berlaku.

“Salam semua. Alhamdulilah…Saya tidak marah,tapi suda masuk 3hari bossku saya diam saya fikir baik,rata2 dalam flight semua orang malaysia takkan orang malaysia perangai mcm bukan orang malaysia.

“Slide sampai habis supaya faham,” kongsi Atu.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan pendapat. Malah, ada yang turut berkongsikan pengalaman sama.

Turut sama menyertai rombongan Atu ke tanah suci ialah ahli keluarganya yang lain.

Foto: Instagram Atu Zero

IKLAN