“Kalau Yom Dah Besar, Jumpa Balik Abah Ya…,” – Ini Nukilan Rasa Aliff Syukri Buat Qayyum, Sebaknya!

Share

Selepas menghantar anak angkatnya, Qayyum ke pangkuan ibu kandung awal pagi semalam, Datuk Seri Aliff Syukri ada menulis coretan buat kanak-kanak itu.

Perkongsian yang dikongsi di laman Instagram itu membuatkan netizen sebak, apatah lagi ramai yang sedia tahu bahawa keluarga ushawan ini sudah menjaga Qayyum sejak dilahirkan lagi.

“Walapun yom bukan anak kandung abah.. tapi abah syg yom sama mcm anak abah quyyom aliffsyah nama pilihan sy dan isteri waktu dia dlm perut lagi.

“Maafkan abah suka kiss yom kasar2 ..cakap2 kuat2 abah bergurau jee.. kalau yom dah besar yom jumpa abah balik yaa..

“Abah tak nak duit abah nak kasih sayang jee.. abah nak tngok depan mata abah yom bila besar.. sbb abah jaga yom waktu dlm perut lagi… maafkan abah yom,”tulisnya.

Malah, turut dinyatakan sebab mengapa dia dan isteri tidak menghantarnya sendiri kepada penjaga asal.

“Abah dan mama tak sanggup nak tngok dan hantar yom balik dgn ibu kandung yom.. abah wakilkan pegawai abah @liyanaamirah ,pa, bibik,” jelas Aliff.

Serentak dengan itu, Aliff turut menghadiahkan lagu istimewa buat anak-anaknya berjudul Selawat Dodoi Anakku yang boleh didengar mulai Isnin ini.

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN