Penyanyi, Zizi Kirana mengakui ramai netizen yang prihatin memberikan nasihat kepadanya supaya berpakaian secara ‘berpada-pada’ bagi mengelakkan dirinya dikecam.

Namun begitu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak itu mengakui bahawa dia kini bahagia dengan caranya sendiri.

“Ada yang pernah bagi cadangan untuk tutup komen di laman media sosial tapi pada saya sendiri, tak perlu nak tutup pun orang tetap mengata.

 

“Saya okay sahaja apa orang nak kata. Lepastu kalau dari segi nak suruh berubah tu kena tengok jugalah sama ada kau ikhlas ke tak kan? Kalau tak ikhlas tak guna juga.

 

“Sememangnya saya bahagia begini, dengan apa yang saya buat, dengan famili saya, malah mak saya pun tahu saya macam mana. Dia adalah ‘stalker’ pertama saya.

 

“Setakat ini, mak saya tak pernah lagi cakap ‘kau janganlah pakai baju macam tu’. Sebab dia sendiri pun tahu had saya sampai mana,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Zizi juga turut berkongsi perasaan semasa mula-mula dia dikecam netizen.

IKLAN

“Mula-mula kena tu, perasaan tu macam apahal pulak nak marah tapi bila lama-lama tu, saya dah okay.

 

“Bagi saya, semua orang ada pandangan dan penerimaan masing-masing dan dia orang pun ada kepala otak masing-masing jadi suka hatilah nak buat apa. Begitulah juga dengan saya,” tambah Zizi.

“Kalau Tutup Pun Orang Tetap Mengata,” – Zizi Kirana Jawab Isu Pakaian Seksi!

IKLAN

Sebelum ini, Zizi merupakan salah seorang selebriti yang sering dikecam berikutan cara pemakaiannya yang agak seksi itu. Malah, dia juga dikhabarkan ada menerima mesej berbaur lucah daripada netizen.

IKLAN

Foto/ Instagram: Zizi Kirana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI