Pengacara dan personaliti media sosial, Mat Dan meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang pemandu lori yang dikatakan telah membuang sampah keluar daripada tingkapnya ketika dia sedang memandu di sebuah jalan raya di Kuala Lumpur.
Menurut Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah, perbuatan tersebut sememangnya tidak boleh diterima kerana ia boleh mengundang bahaya.
“Assalamualaikum, tak reti bahasa sungguh lori yang dekat depan saya ni, BLB 396. Dia tengah memandu di hadapan, tiba-tiba dia buang satu plastik daripada tingkap lori tu.
“Kalau tertutup saya windscreen saya macam insiden motosikal baru-baru ni macam mana? Perbuatan macam ni bahaya. Tak boleh buat macam tu,” tulisnya.
Rasa tidak puas hati itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, perubahan sikap itu seharusnya bermula daripada diri sendiri dan tidak boleh hanya bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.
“Attitude tu sangat teruk. Selalu ambil lewa sebab harapkan DBKL yang akan buat kerja. Jadi, tiada masalah kalau buang merata-rata pun. Tak boleh berfikiran macam tu. Sampai bila nak buat macam tu?,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran Mat Dan ini dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak.
Ads
“Saya pernah kena. Bawak kereta mahal tapi makan lepas tu buang jer polistrine makanan tu ikut tingkap kena kereta saya. Tak faham la attitude orang macam ni.
“Kebersihan itu SEPARUH dari iman.
“Betul memang banyak yang bersikap begitu tiada rasa tanggungjawab.
Ads
“Betul. Memang angin je kalau duduk belakang kereta yang duduk buang sampah main lempar keluar tingkap. Mentaliti masih di takuk lama,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita asal Terengganu Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Muhammad Eydan Tyler, 1.
Mat Dan juga dikenali sebagai hos beberapa program televisyen, antaranya Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan, selain pernah muncul sebagai pelakon.
Sumber: Instagram Mat Dan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak awal malam tadi, salah seorang anak angkat pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tidak selesa dan menangis menerusi video yang dikongsikan usahawan berkenaan.
Qayyum atau nama penuhnya, Qayyum Aliffshah dipercayai dengan menderita demam campak kronik
“Kami tetap prihatin. Kepada ibu kandung yom kami bawa 2kali di pakar kanak2 dan hari ni yom terpaksa kena tahan wad di hopital swasta sbb sakit dia makin parah.
“Boleh dikatakan 2bulan sekali yom sakit dan ini antra paling teruk sbb tu cost jaga yom tinggi….kami dah buat yg terbaik,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi Abang Nak Tegur itu juga ada memberitahu tahap daya tahan anak angkatnya itu agak lemah, seperti yang dikata doktor.
“Sebab doctor cakap antibody dia lemah..jgn pandai komlain..kalau boleh bantu gak lah anak yg awak nak ambik balik ni..kalau boleh cpt skit ambil sy pening tunggu lama2 nanti awak ckp anak awak sakit sbb kami tak pandai jaga,” tulisnya lagi menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan tubuh Qayyum yang dipenuhi bintik-bintik merah sambil menangis teresak-esak.
Sementara menerusi beberapa posting pula, Aliff turut berkongsi situasi terkini Qayyum. Turut melakukan perkara sama ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Bukan sekadar memiliki rupa paras cantik jelita, tapi ternyata mereka sangat berbakat dalam bidang seni yang diceburi.
Malah, barisan ini merupakan antara artis wanita yang dikategorikan sebagai selebriti bijak pandai, seperti yang perkata sesetengah orang.
Sekadar mengambil beberapa nama, MH senaraikan lima figura artis wanita yang sinonim dipanggil ‘Beauty With Brain’.
1.Wany Hasrita
Penyanyi Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar. Bukan sahaja memilik wajah yang cantik, Wany juga merupakan seorang penyanyi yang bijak. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan di Management & Science University (MSU), Shah Alam.
2.Yuna
Penyanyi Yunalis Zarai atau sinonim dengan panggilan Yuna antara salah seorang artis tempatan yang telah berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Yuna yang sentiasa mengekalkan identiti memakai ‘turban’ ternyata bukan sahaja cantik dan berbakat, malah juga bijak dalam pelajaran. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya ini memiliki Ijazah Sarjana Undang-Undang Dengan Kepujian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam.
3.Farah Nabilah
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita yang bernama Farah Nabilah. Tidak sekadar memiliki wajah yang cantik dan menawan, bintang pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini sangat menitik beratkan pelajaran. Oleh itu, Farah memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi Program Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa di Universiti SEGi.
4.Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani juga merupakan antara artis wanita yang memiliki rupa paras yang jelita dan bijak. Bintang filem Lagenda Budak Setan ini berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
5.Zahirah MacWilson
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelako jelita Zahirah MacWilson. Pelakon berdarah campur Bristih – Melayu ini telah memulakan karier lakonan pada tahun 2015. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, ternyata bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta ini seorang gadis yang bijak. Zahirah berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia.
Sumber : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menerusi laman sosial Instagram bertanya pendapat mengenai tindakan penumpang kapal terbang yang bertindak mengherdik ibu bapa yang dianggap tidak mengawal anak-anak kecil.
Situasi tersebut pastinya bukan hal yang mudah, apatah lagi bagi kanak-kanak istimewa yang berasa gementar sewaktu menaiki kapal terbang.
“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang, dan mereka gementar dalam perjalanan di udara?
“Anak-anak kecil, macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistik.
“Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik “IF YOU GUYS CAN’T HANDLE YOUR KIDS, THEY SHOULDN’T BE FLYING!!” sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Fazura pada masa sama turut mendoakan agar semua ibu bapa diberikan kesabaran dalam menjaga anak-anak.
Bagaimanapun tidak pasti ia dialami kepada siapa kerana tidak dikongsikan secara terperinci pelakon Pisau Cukur ini yang baru sahaja pulang dari Langkawi sempena menyambut ulang tahun kelahirannya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan warga maya tampil berkongsi pendapat dan ada yang turut menceritakan pengalaman masing-masing.
Sementara itu, suaminya, pelakon Fattah Amin turut berkongsi hantaran sama menerusi Instagram miliknya.
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.