Ads

‘Kalau Tak Nak Orang Sentuh Atau Cium Anak Kita, Kena Tegur Baik-baik’ – Dazrin Kamarudin

Pelakon yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung baru-baru ini, Dazrin Kamarudin tidak kisah sekiranya ada yang mahu menyentuh atau mencium anaknya.

Menurut laporan daripada Mstar Online, Dazrin berkata tiada masalah jika mahu cium dan sentuh anaknya namun haruslah berpada-pada.

Katanya lagi, sudah menjadi lumrah manusia di mana mereka akan mempunyai perasaan teruja apabila melihat bayi.

“Saya tak kisah jika ada yang nak peluk, pegang atau cium anak saya. Sebab sememangnya lumrah manusia gerak hati melihat bayi rasa nak disayangi.

 

“Tapi janganlah sampai berlebih-lebihan. Saya rasa semua orang akan faham kalau kurang sihat memang tidak elok pegang atau dekat dengan bayi,” kata Dazin kepada mStar Online.

Namun begitu, Dazrin juga berkata jika tidak mahu anak kita disentuh atau dicium oleh orang lain, kita haruslah menegur dengan cara yang baik supaya tidak menyinggung perasaan orang sehingga menimbulkan rasa benci.

Ads

“Kalau tak nak bagi orang sentuh atau dicium anak kita, kena tegur baik-baik. Tak semestinya ditangani dengan kemarahan. Takut nanti datang kebencian pula,” katanya lagi.

Terdahulu, pelakon Amar Baharin ada meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir pihak yang menyentuh dan mencium bayi ketika sakit.

Amar menekankan bahawa, jika sedang sakit tolong hindari diri daripada menyantuh atau mencium bayi kerana antibodi anak kecil ini masih tidak kuat dan mudah dijangkiti dengan pelbagai penyakit.

Ads

Hal itu diluahkan oleh Amar setelah dia membaca kisah daripada portal Pa&Ma tentang seorang bayi yang terkena jangkitan kuman gara-gara dicium oleh orang yang tidak sihat sehingga mengakibatkan sebelah daripada paru-paru bayi tersebut terpaksa dibuang dan tulang belakangnya bengkok akibat jangkitan itu.

Baca juga: ‘Tengok Boleh Sentuh Jangan’ – Amar Baharin Tak Bagi Anak Dicium Atau Disentuh Orang

Ads

Sayu hati setelah membaca kisah bayi tersebut yang terpaksa menanggung kesakitan sedemikian rupa dan MH faham dengan ketegasan Amar yang meminta orang ramai untuk tidak menyentuh atau mencium anaknya. Sebagai seorang bapa, pastinya Amar turut berasa simpati terhadap nasib bayi itu.

Apapun, setiap ibu dan bapa mempunyai hak masing-masing untuk memberi anak mereka disentuh ataupun tidak dan kita sebagai orang luar yang datang melawat seharusnya hormat dengan permintaan mereka.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tak Perlu Marah-Marah, Panggil Manager,” – Fazley Yaakob Nasihat Agar Berpada...

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menasihati orang ramai supaya lebih berpada-pada ketika memberikan kritikan terhadap makanan yang dijual oleh peniaga, khususnya sepanjang bulan Ramadan.
error: Hello. Cannot.