Uncategorized

“Kalau Tak Nak, Bagi Pada Saya” – Ungkap Abby Abadi, Isu Kes Buang Bayi

Share

Pelakon, Abby Abadi meluahkan kekesalannya mengenai kes pembuangan bayi.

Katanya menerusi satu entri Instagram, daripada ditinggalkan begitu sahaja, lebih elok sekiranya bayi tersebut diberikan kepadanya.

“Lagi kes buang baby. Kan dah bagitahu, jangan di buang. Kalau taknak, segan nk serahkan ke jabatan-jabatan tertentu… cari saya dan bagilah kat saya.

“Tolonglah, panjangkan pada adik-beradik, sahabat-sahabat, saudara-mara atau sesiapa sahaja yang termengandung, tak nak baby tu.

“Jangan sulitkan lagi keadaan. Saya sedia membantu. Jangan risau. Saya tak bagitahun pun baby yang saya terima tu nanti, baby siapa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby juga menjelaskan bahawa niatnya hanyalah ingin menolong bayi itu mendapatkan tempat yang sepatutnya.

“Saya cuma nak usahakan baby ni dapat penjaga yang terbaik untuk masa depan mereka. Untuk memudahkan urusan, yang nak dibantu tu, DM sendiri saya. Maksud saya, ibu baby tu.

“Sahabat-sahabat yang lain, kalau jumpa cerita orang nak bagi baby dalam Facebook, cukuplah DM saya hantar gambar baby yang konon orang nak bagi tu. Takde pun, bila call tak berangkat. Sebab mungkin ramai sangat yang nak bila dah diiklankan macam tu.

“Nak kan bantuan, atau sekadar nasihat… DM saya terus ye. Yang nak kan baby ramainya yang DM saya juga tapi harap maaf ye, tak dapat nak jawab semua.

“Yang nak kan baby lagi ramai dari baby yang nak diserahkan pada saya. Nisbahnya lebih kurang 5:100…macam mana?

“Harap faham ye. Ada rezeki adalah tu nanti. Usaha cari di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rumah-rumah perlindungan wanita atau tempat-tempat seumpama dengannya ye.

“Mungkin mengambil masa, tapi InshaALLAH kalau ada rezeki tak ke mana. Semoga ada nikmat berbaby untuk ibu bapa yang sudah lama menunggu,” tulisnya lagi 

Abby berkata demikian berikutan berita seorang bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan pada 25 Jun lalu.

Menerusi laporan Sinar Harian, bayi itu ditemui selepas beberapa jam dilahirkan sebelum ditinggalkan di lokasi penemuan.

Foto: Instagram Abby Abadi

IKLAN