Pelakon, Abby Abadi meluahkan kekesalannya mengenai kes pembuangan bayi.

Katanya menerusi satu entri Instagram, daripada ditinggalkan begitu sahaja, lebih elok sekiranya bayi tersebut diberikan kepadanya.

“Lagi kes buang baby. Kan dah bagitahu, jangan di buang. Kalau taknak, segan nk serahkan ke jabatan-jabatan tertentu… cari saya dan bagilah kat saya.

“Tolonglah, panjangkan pada adik-beradik, sahabat-sahabat, saudara-mara atau sesiapa sahaja yang termengandung, tak nak baby tu.

“Jangan sulitkan lagi keadaan. Saya sedia membantu. Jangan risau. Saya tak bagitahun pun baby yang saya terima tu nanti, baby siapa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby juga menjelaskan bahawa niatnya hanyalah ingin menolong bayi itu mendapatkan tempat yang sepatutnya.

IKLAN

“Saya cuma nak usahakan baby ni dapat penjaga yang terbaik untuk masa depan mereka. Untuk memudahkan urusan, yang nak dibantu tu, DM sendiri saya. Maksud saya, ibu baby tu.

“Sahabat-sahabat yang lain, kalau jumpa cerita orang nak bagi baby dalam Facebook, cukuplah DM saya hantar gambar baby yang konon orang nak bagi tu. Takde pun, bila call tak berangkat. Sebab mungkin ramai sangat yang nak bila dah diiklankan macam tu.

“Nak kan bantuan, atau sekadar nasihat… DM saya terus ye. Yang nak kan baby ramainya yang DM saya juga tapi harap maaf ye, tak dapat nak jawab semua.

“Yang nak kan baby lagi ramai dari baby yang nak diserahkan pada saya. Nisbahnya lebih kurang 5:100…macam mana?

“Harap faham ye. Ada rezeki adalah tu nanti. Usaha cari di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rumah-rumah perlindungan wanita atau tempat-tempat seumpama dengannya ye.

“Mungkin mengambil masa, tapi InshaALLAH kalau ada rezeki tak ke mana. Semoga ada nikmat berbaby untuk ibu bapa yang sudah lama menunggu,” tulisnya lagi 

Lagi kes buang baby ? . Kan dah bagitahu.. Jangan di buang. Kalau taknak, segan nk serahkan ke jabatan2 tertentu.. cari Sy & bagilah kat Sy. Tolonglah….. panjangkan pada Adik beradik, Sahabat2, Saudara mara.. atau sesiapa sahaja yg termengandung, taknak baby tu.. JANGAN SULITKAN LAGI KEADAAN. Sy sedia membantu. Jangan risau. Sy tak bgtahupun baby yg Sy terima tu nanti, baby siapa. Sy cuma nak usahakan baby ni dpt penjaga yg terbaik utk masa depan mereka ?Utk memudahkan urusan, yg nak dibantu tu, dm sendiri Sy. Maksud Sy, ibu baby tu . Sahabat2 yg lain, kalau jumpa cerita org nk bagi baby dalam facebook, cukuplah dm Sy hantar gmbr baby yg konon org nak bagi tu.. takde pun.. bila cal tak berangkat. Sbb mungkin ramai sangat yg nk bila dah di iklankan mcm tu . Nakkan bantuan, atau sekadar nasihat dm Sy terus ye. Yg nakkan baby ramainya yg dm Sy juga tp harap maaf ye, tak dpt nk jawab semua. Yg nakkan baby lagi ramai dari baby yg nk diserahkan pada Sy. Nisbahnya lebih kurang 5:100. Macamana? ? . Harap faham ye. Ada rezeki adalah tu nanti. Usaha cari di JKM, rumah2 perlindungan wanita atau tempat2 seumpama dgnnya ye. Mungkin mengambil masa, tapi inshaALLAH kalau ada rezeki tak kemana. Semoga ada nikmat berbaby utk ibu bapa yg sudah lama menunggu ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

IKLAN

Abby berkata demikian berikutan berita seorang bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan pada 25 Jun lalu.

IKLAN

Menerusi laporan Sinar Harian, bayi itu ditemui selepas beberapa jam dilahirkan sebelum ditinggalkan di lokasi penemuan.

Foto: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI