Pelakon dan usahawan, Aeril Zafril menegaskan kebajikan para pekerja tidak seharusnya dipandang remeh, khususnya dalam aspek caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut Aeril, pekerja ibarat tulang belakang kepada syarikat dan wajar diberi perlindungan sewajarnya.

“Kalau Tak Buat, Rasa Berdosa,” – Wawa Zainal & Aeril Zafrel Dianggap ‘Majikan Dari Syurga’ Sebab…

“Pada saya, ini merupakan perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap majikan. Bila kita mencarum dengan PERKESO, staff kita bukan sahaja dilindungi oleh syarikat sendiri tetapi jika ada sesuatu yang berlaku di luar, mereka tetap dilidungi.

“Mungkin ada majikan yang kurang cakna atau langsung tidak mencarum buat pekerja mereka. Pada saya, kalau kita menjaga kebajikan staff, insha-Allah Allah akan permudahkan segala urusan kita,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Aeril bersama isterinya yang juga pengasas jenama Wawa Cosmetics, Wawa Zainal telah dinobatkan sebagai antara penerima Anugerah Majikan Pesona LINDUNG PERKESO, baru-baru ini.

Ads

Selain pasangan itu, penerima lain termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Datuk Seri Aliff Syukri dan Christy Ng. Malah, mereka turut digelar sebagai ‘Majikan Dari Syurga’ kerana komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan pekerja.

Komitmen Wawa & Aeril Untuk Staf

Bagi Wawa, pengiktirafan itu menjadi suntikan semangat buat dirinya dan suami untuk terus menjaga kebajikan staf.

“Kalau Tak Buat, Rasa Berdosa,” – Wawa Zainal & Aeril Zafrel Dianggap ‘Majikan Dari Syurga’ Sebab…

Ads

“Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira dengan pengiktirafan ‘Majikan Dari Syurga’ yang diberikan oleh pihak PERKESO.

“Pada saya, kebajikan staf ini adalah tanggungjawab majikan. Jadi, marilah kita sama-sama berikan perhatian kepada staff kita sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai jumlah yang telah dibelanjakan demi kebajikan pekerja, Wawa mengakui tidak dapat dikira.

“Kalau Tak Buat, Rasa Berdosa,” – Wawa Zainal & Aeril Zafrel Dianggap ‘Majikan Dari Syurga’ Sebab…

Ads

“Tak terkira rasanya. Kami pun tak tahu berapa jumlah sebenar yang telah dibelanjakan buat staff. Yang paling utama, kami tak pernah lewat bayar gaji.

“Kami juga akan berikan kenaikkan gaji pada setiap tahun.

“Kita juga berikan zakat, bonus hujung tahun dan bawa mereka melancong. Bab mencarum pun kami tak pernah culas. Itu adalah hak mereka.

“Kalau tak mencarum, rasa seperti berdosa pula. Ini adalah perkara wajib,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads