Meskipun sudah menempa nama di Hollywood menerusi filem blockbuster seperti John Wick: Chapter 3 dan Star Wars: The Force Awakens, pelakon Indonesia, Yayan Ruhian mendedahkan dia tiada masalah bergandingan dengan mana-mana pelakon meskipun mereka tidak mempunyai asas dalam melakonkan babak-babak aksi.
Menurut Yayan, kejayaan sesebuah filem itu bukan bergantung kepada individu tetapi kerjasama di antara barisan pelakon untuk mengikut kehendak pengarah.
“Pada pendapat saya, kehebatan sesebuah filem itu terhasil bukan kerana individu itu terkenal atau handal didalam sesuatu hal tetapi ia terjadi kerana kerjasama. Dalam adegan pertempuran, kita tidak berlawan berseorangan.
“Kalau saya berlawan dengan sesiapa pun, sama ada dengan mereka yang mahir dalam seni bela diri atau yang tiada asas langsung, saya tetap kena ikutkan senario yang telah ditetapkan oleh pengarah.
“Siapa yang kalah atau menang, diserang atau menyerang, itu semua sudah ditetapkan. Jadi, di dalam sesebuah filem itu, kita kena percaya dengan sesiapa sahaja yang bekerja dengan kita saat itu,” katanya kepada MH.
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Satria Dewa: Gatotkaca yang berlangsung di Sunway, Pyramid, Petaling Jaya pada Isnin.
Katanya lagi, dia juga akan menuruti segala kemahuan pengarah dan mengikuti koreografi yang telah ditetapkan.
“Walaupun saya sudah berpengalaman dalam seni bela diri dan harus bergandingan dengan palakon baru yang langsung tiada asas dalam filem aksi, saya tidak akan sesuka hati mengajarnya.
“Pengarah sudah pun menyedia tenaga pengajar yang lebih berhak memberikan tunjuk ajar. Mereka adalah daripada team koreografi. Saya juga harus patuh dengan ajaran mereka.
“Saya tak boleh bergerak sendiri. Saya harus bergandingan dengan pasangan saya selama saya menjayakan sesebuah babak aksi itu.
“Jadi, yang bagus itu bukan saya. Yang bagus itu adalah babak aksi atau filem itu sendiri. Kalau kami tak boleh bekerjasama, yang bagus itu tak mungkin terjadi. Sesebuah filem aksi itu bagus bukan kerana adanya Yayan atau Cecep tetapi kerana kerjasama semua pihak.
Ketika ditanya adakah emosinya akan berubah jika gandingaannya itu tidak cekap ketika melakonkan babak aksi, Yayan memberitahu, sifat seperti itu tidak seharusnya ada di dalam diri seorang pelakon.
“Janganlah bersikap begitu. Itulah pentingnya kita membuat persiapan dan mengadakan workshop sebelum memulakan penggambaran. Jadi, kita sudah saling memahami di antara satu sama lain.
“Berapa peratus kelajuan kita untuk sesuatu babak aksi itu, kita sendiri yang tahu melalui latihan bersama. Ketika penggambaran pula, trick kamera juga digunakapai. Jadi, yang paling penting adalah kerjasama.
“Saya tidak pentingkan dengan siapa saya bekerja tetapi lebih kepada bagaimana saya harus bekerja. Alhamdulillah, selama ini saya boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja baik di Indonesia atau luar negara,” akhirinya.
Terdahulu, Satria Dewa: Gatotkaca merupakan sebuah filem adiwira Indonesia yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Ogos ini.
Selain Yayan, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat negara seberang seperti Rizqy Nazar, Yasmin Napper dan Cecep Arif Rahman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Yayan Ruhian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menzahirkan kerinduan dengan bait-bait kata puitis di laman Instagramnya, Ernie Zakri menjelaskan, dia jarang membuka kisah datuk dan nenek yang sering memberikan kekuatan kepada diri.
“Rindu hati ini tiada siapa tahu, tiada siapa pernah bertanya, mungkin aku kurang untuk berkongsi rasa sedihku, aku menyimpan rasa walaupun hati rindu.
“Aku jarang bercerita tentang mereka, mereka ini yang memberiku kekuatan, mereka ini yang lafaznya sentiasa mendoakan ku, mereka ini yang namaku nombor satu dalam apa saja perkara,” kongsinya.
Jelasnya lagi, dia turut kagum apabila cinta pasangan ini terus bersemi hingga ke akhir hayat.
“Aku jarang menyebut nama mereka, kerana aku tahu airmata aku akan jatuh bila bila masa sahaja. Namun yang pasti, aku kagum dan bangga. Kagum dengan kisah cinta mereka. Kisah cinta mereka sampai akhir hayat.
“Dan disebabkan itulah, aku disini. Mungkin Allah swt mengizinkan, supaya aku dapat bercerita Walaupun Aku tak tahu menulis untuk memberi rasa.
Suatu kejayaan tersendiri telah direkodian filem animasi, Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang sehingga kini telah merekodian pungutan sekitar RM25 juta hanya dalam tempoh tiga minggu dia ditayangkan di pawagam.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram rasmi Upin & Ipin awal malam tadi.
“RM25 Juta dalam masa 3 minggu dengan penonton menghampiri 2 Juta. Mencipta rekod kutipan tertinggi bagi filem animasi tempatan dan antarabangsa termasuk mengalahkan rekod kutipan tertinggi terdahulu filem animasi antarabangsa iaitu Incredibles 2.
“Terima kasih semua! Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Mari kita angkat filem ini menjadi filem tempatan paling berjaya di Malaysia dan Antarabangsa,” dedikasi yang tertera menerusi ruangan kapsyen.
Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal mengisahkan pengembaraan dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama.
Antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam, Si Tanggang dan banyak lagi.
Filem berkenaan telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Mac lalu dan masih lagi ditayangkan setakat ini.
Foto: Instagram Upin & Ipin Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Omaigod seriously, ni la nasib pelakon xtaw dalam scene ataupun betul tapi i hope you’re ok. Kau collapsed xde bagi signal. Tiba2 duuummmmmmmm… @aamyraroslijaga diri nok...”
Keliru dengan entri ini, netizen turut membuat spekulasi bahawa ini hanyalah sekadar babak dalam lakonan memandangkan pelakon Nur ini tampil cantik dengan solekan.
“ada je sis org ginie.. Aritu masa duk wad mgandung ada je mommy tuu kena tahan pun spnjg masa bermake up.. Tpi xpe sndri punya ksukaan kan.. Siap ada yg bsalin pkai makeup lg… Mgkin jnis yg suka sgt makeup.. Klu sy mmg x pakai sgla bedak ka or apa2 apa lg klu makeup . Cma ada pencuci muka. ? Msing2 punya ksukaan kan.”
Malah, ada yang sudah membuat spekulasi bahawa isteri kepada Amar Baharin ini sedang berbadan dua.
MH berharap agar Amyra diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Foto – Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sandra Lim berkongsi bahawa dia mengambil keputusan untuk bertanding lagi di pentas ratu cantik adalah kerana perbualannya bersama Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong.Perkara...