MVTV Asia baru-baru ini telah pun melancarkan salah satu program, iaitu Inspirasi YES Malaysia yang mempamerkan kisah kejayaan menerusi beberapa tema program iaitu YES Ikon Kenalan dan YES Ikon Talk.

Ikon Belia Hiburan atau Young Entertaiment Star (YES) secara langsung akan berkongsi cerita kejayaan mereka di platform penyiaran digital baharu ini iaitu MVTV Asia.

Terdahulu, program berkenaan adalah untuk memberi inspirasi kepada generasi muda yang memilih bidang hiburan untuk dikembangkan dalam dunia digital.

Barisan selebriti terpilih di dalam senarai ikon untuk YES  ialah Nabil Ahmad, Ernie Zakri, Dasha Logan, Lisa Ch’ng, Roshan Nair, Jacqueline Ch’ng, Elfira Loy, Zul Huzaimy, Farah Nabilah, Dasha Logan, Akim Ahmad dan Stacy Anam.

IKLAN

“Kalau Suka Menyanyi, Teruskan…” – Kata Anak Gadis Mendiang Loganathan Alleycats, Dasha Logan

Mereka dilihat sebagai antara  selebriti muda yang berjaya dalam lapangan seni masing-masing sama ada di dalam mahupun luar negara.

IKLAN

Sementara itu, Dasha Logan yang juga anak penyanyi terkenal kumpulan Alleycats, mendiang Logantahan Arumugam yang meninggal dunia 11 tahun lalu berpendapat, projek ini merupakan suatu program yang mampu menyerlahkan bakat sekali gus memberikan keyakinan lebih kepada belia di negara ini untuk mempamerkan bakat seni yang dalam dalam diri.

“Kalau Suka Menyanyi, Teruskan…” – Kata Anak Gadis Mendiang Loganathan Alleycats, Dasha Logan

IKLAN

“Saya memang suka ke negara luar seterusnya berkongsi bakat nyanyian dengan masyarakat. Apa yang ingin saya tonjolkan dalam  YES  adalah untuk mencabar anak-anak muda untuk berjaya. Yang penting, usah takut keluar dari zon selesa.

 

“Kalau suka menyanyi, teruskan. Bahkan saya sendiri bermula menyanyi di bilik mandi kemudian masuk program seni di sekolah. Akhirnya saya cabar diri ke luar negara pula,” katanya kepada MH sejurus pelancaran program tersebut di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Kalau Suka Menyanyi, Teruskan…” – Kata Anak Gadis Mendiang Loganathan Alleycats, Dasha Logan

MVTV Asia  turut disokong penubuhannya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Ia adalah perkhidmatan penyiaran digital, yang membolehkan pengguna untuk menonton kandungan berkualiti baik (menerusi telefon bimbit, set top box dan televisyen (TV) pintar) yang ditawarkan oleh rakan serantau melalui peranti pintar.

Foto: Sumber Google dan FINAS

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI