“Kalau Sayang Anak, Dari Kecil Kena Latih…” – Belajar Memasak Bersama, Rita Rudaini Latih Anak Biar Berdikari

Share

Pelakon, Rita Rudaini ada berkongsi cerita perihal anak-anaknya di Instagram, baru-baru ini.

Kongsi Rita, dia seboleh mungkin mahu mendidik anaknya untuk memasak dan melakukan pelbagai perkara supaya boleh menjadi seorang anak yang berdikari di masa hadapan.

Jelas Rita, adalah sangat penting untuk memupuk sikap rajin dan ringan tulang dalam diri anak-anak untuk membuat kerja rumah seawal usia kanak-kanak.

“Td depa mintak suh ajaq masak…so mommy bg benda senang buat macaroni cheese utk dinner …pastu arjuna ckp ‘mommy nnti ajar la adik cuci pinggan’ …mommy ckp ‘bg tgn adik kuat dulu nk pegang pinggan berat’ …

“Klau syg anak,dr kecik kena latih depa ringan tulang…nnti depa lebih cpt matang n independent..lps tu kita pon bila tua nnti xla penat kn..

“xkn tua2 pon nk jd hamba anak n anak jd raja …klau kesian n syg anak,ajaq depa independent so klau depa kt mana2 pon depa x terkapai2..

“ampa dpt mommy yg wanita besi ni ampa pon kena jd strong utk jaga mommy,diri n fmly ampa nnti,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat memuji cara Rita dalam mendidik anaknya.

Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Foto: Instagram Rita Rudaini

IKLAN