Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan spekulasi mengenai dirinya yang kini didakwa sedang hamil cahaya mata kedua seperti didakwa netizen di media sosial sosial.
Neelofa, 34, sebaliknya memberitahu, dia lebih selesa untuk membiarkan perubahan fizikal untuk menjawab segala persoalan mengenai kehamilannya.
“Perkara yang belum pasti, bagi saya tak payah kita hebah-hebahkan lagi. Sama macam perkahwinan dan kelahiran. Kita layan saja apa saja komen orangdan hargainya.
“Kalau saya hamil sekali pun, bila dah nampak perut sudah besar tu, maksudnya Insya-Allah (hamil). Tapi just go with the flow. Kalau hamil anak kedua, ketiga ke atau seterusnya ini juga pendirian saya,” katanya kepada MH.
Ads
Neelofa ditemui ketika menghadiri kursus umrah bersama Omrah Travel yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ahad di samping suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.
Sementara itu, suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail turut menyokong kenyataan isterinya seterusnya mengharapkan semua orang mendoakan yang terbaik.
“Doa yang baik-baik, kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan sebelum ini, mereka akan lebih faham. Bukan nak menafikan atau mengesahkan. Sebab kita apa-apa pun, yang berlaku, kita minta yang terjadi itu yang terbaik,” ujar Haris.
Ads
Terdahulu, Neelofa dikatakan hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya (baby bump), menjadi tular di laman sosial.
Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, Neelofa turut dilihat memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, baru-baru ini.
Ads
Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Hafidz Roshdi pada Ahad memuat naik gambar di Instagram sedang menggengam erat tangan seorang wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Hantaran tersebut seolah-olah memberi gambaran hubungannya dengan Nurul Shuhada kembali jernih selepas wanita yang di kenali sebagai Athira Yuhada, memohon maaf kepada isterinya dan dua anak mereka.
Persembahan konsisten akhirnya memberi tuah kepada pasangan duo Zaki Yamani & Yamani Abdillh yang telah diumumkan sebagai juara Famili Duo musim kedua yang bersiaran secara langsung di TV3, Sri Pentas Dua, Shah Alam, malam tadi.
Atas kemenangan yang diraih, pasangan adik-beradik yang juga anak penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Ajai dan Mas Idayu memberikan komen membina buat mereka sejurus pusingan pertama saingan.
Menduduki tempat kedua pula ialah The Jebats yang dianggotai oleh Ayda & Fyna Jebat.
Tempat ketiga dan keempat masing masing disandang oleh Bella Astillah & Wany Kayrie Naim dan Daniel & Sissy Imann.
Famili Duo yang bersiaran selama lapan minggumenampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.
Selain empat finalis terbabit, tiga pasangan lain yang turut bersaing sebelum ini ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin, Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique dan Siti Saida & Siti Sairah.
Pusingan akhir Famili Duo turut diserikan dengan perembahan daripada Khai Bahar dan Nabila Razali menyampaikan lqgu baharu mereka, Selagi Ku Ada.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara popular, Datuk AC Mizal memuji semangat dan kesungguhan pengasas jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang cekal dalam usahanya meluaskan empayar perniagaan yang wajar dijadikan contoh.
Menerusi sesi lintas langsung yang diadakan di butik tiga lot premis niaga terbaharu miliknya Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Datuk AC turut hadir ditemani isterinya, Datin Emylia Rosnaida.
“Bukan senang nak cari peniaga Melayu bumiputera macam ini. Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya. Sekarang ini butik Rafidah semakin membesar dan meluas, tahniah. Siap bawa jenama Coach dan lain-lain.
“Butik baharu miliknya mengingatkan saya seperti sebuah butik saya lawati ketika percutian di Jepun baru-baru ini, memang sebiji. Malah harga ditawarkan juga lagi murah berbanding di luar,” kata bekas anggota kumpulan 4U2C itu.
Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga turut berpendapat, manusia hidup atas satu perkara dipanggil harapan.
“Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.
“Apabila tak ada harapan dan selesa duduk rumah, ia tak membawa apa-apa makna. Macam sekarang ini selepas tengok harga beg di butik ini contohnya berharga RM900, kita sasar nak beli.
“Nak beli mungkin tidak hari ini, tapi waktu mendatang. Kena kumpul duit. Semua manusia hidup dengan harapan. Sesekali ‘reward’ atau beri ganjaran kepada diri dan sentiasa positif dalam hidup. Satu lagi, kena ada ilmu… jangan main langgar saja,” katanya.
Bukan hanya wanita, Datuk AC juga akui golongan lelaki juga kena pandai bergaya dan ‘reward’ diri dengan barangan berjenama jika ada rezeki lebih.
Selain AC, jenama ini turut terkenal di kalangan artis popular lain termasuk Maria Tunku Sabri, Elly Mazlein, Amyra Rosli dan beberapa pempengaruh.
Menurut Rafidah, kehadiran golongan berkenaan antara yang melonjakkan pengaruh serta jenama yang diusahakannya.
“AC sendiri banyak berkongsi tips dan nasihat kepada saya. Dari zaman 4U2C hingga bergerak solo, beliau membuktikan keampuhan dirinya hingga masih relevan,” kata usahawanita ini.
Sementara itu, Rafidah yang bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati bersyukur kini empayar perniagaannya naik taraf.
Bermula dari ‘personal shopper’, wanita ini berjaya pindah lokasi butik fizikalnya dengan tiga kali ganda besar dari yang lama. Perpindahan itu juga menjadi bukti kesungguhannya bergelar usahawan yang diceburi sejak tahun 2014.
“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan terutamanya pelanggan setia.
“Dari personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini juga saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika mahu,” katanya lagi.
Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.
“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk Mak Datin. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.
“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.
“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak “review”, tips fesyen dan penggayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan beg atau tas tangan yang tepat dan ideal.
“Sempena Februari bulan ulang tahun kelahiran saya, kini juga ditawarkan kod diskaun istimewa “BR26” sebanyak RM26 untuk semua pembelian. Malah harga kami tawarkan selama ini juga boleh jimat 30 ke 50 peratus daripada premis lain,” katanya.
Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu juga kini boleh berbangga kerana sejak tahun lalu jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Reen Rahim, berkongsi rasa dan pendapatnya terhadap trend drama masa kini yang didakwa banyak mengetengahkan jalan cerita yang seakan merendahkan martabat wanita.