“Kalau Nak Tahu, Anak Bongsu Sudah Tanya Bila Dia Nak Ada Adik. Malah Akim Pun…,” – Stacy Belum Hamil, Tak Tolak Rezeki

Share

Setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akim Ahmad, penyanyi Stacy mendedahkan dia dan suami tidak merancang untuk menimang cahaya mata kedua.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Pelangi Senja ini memberitahu, dia sudah bersedia dan tidak menolak sekiranya dikurniakan zuriat lagi selepas ini.

Malah Akim juga sudah tidak sabar untuk menimang anak kedua.

“Sebenarnya kalau nak tahu, anak saya yang bongsu sudah bertanya bila dia nak ada adik. Malah Akim pun ada ‘minta’ juga… macam tu lah. Jujurnya, saya tidak menolak untuk hamil lagi, cuma bergantung pada rezeki juga.

“Jadi saya harap semua doa-doakan sajalah yang terbaik untuk kami berdua, insya-Allah,” katanya.

Tidak hamil seperti yang disangkakan ramai baru-baru ini, Stacy menambah dia percaya rezeki dan semua berlaku atas keizinanNya.

“Sejujurnya kami memang tidak merancang dah hanya berserah sahaja. Kalau merancang pun, mungkin dari segi kesesuaian masa misalnya macam tahun lalu, saya nak keluarkan lagu single terbaru yang rancak jadi agak sukar sekiranya saya mengandungkan?

“Apa pun, kami okay saja dan ya, memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, cuma belum ada tanda-tanda ke arah itu.

“Kalau ada rezeki, pasti saya akan kongsikan berita gembira ini kepada semua,” katanya lagi.

Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam telah memeluk agama Islam dengan melafazkan syahadah di Pejabat Agama Islam, Johor Bahru pada 24 Ogos 2015.

Stacy kini telah mengunakan nama islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Selepas itu, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016.

Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 8,dan seorang anak perempuan Eshaal Afiq Hakim,4, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.

Foto: Instagram Stacy

IKLAN