“Kalau Nak Kutuk Fizikal Orang, Make Sure Muka Korang Cantik Macam Neelofa,”- Terima Komen Ini Dari Peminat, Lofa Beri Reaksi!

Share

Menerusi media sosial Twitter, seorang individu ada menulis dan meluahkan pendapat di akaun Twitter miliknya.

Menerusi twit tersebut, individu berkenaan menulis;

“kalau nak kutuk fizikal orang, make sure muka korang mcm neelofa dulu,” tulisnya.

Lalu, perkongsian individu tersebut mendapat perhatian dari pengacara MeleTOP, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor ini.

“Awwhhh, this is too kind! But it would be even better if people would just stop wasting their energies mocking others. Just be yourself!,” balas Neelofa.

Bintang jelita berusia 30 tahun itu turut memberi nasihat kepada semua netizen untuk tidak menghina fizikal orang lain.

Di samping, rata-rata peminat memuji sikap bintang drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot itu yang sentiasa bijak dalam memberikan sebarang pendapat.

Neelofa ketika ini berada di luar negara bagi menghadiri beberapa undangan fesyen.

Foto: Twitter Neelofa, Amyranadyaaa

IKLAN