Albaniah Muat Naik Foto Dengan Arwah Suami; “Kalau Nak Cari Dalam Google Pun Tak Ada.”

Share

Pelakon senior, Nor Albaniah atau nama lengkapnya, Nor Albaniah Raffie memuat naik foto kenangan bersama arwah suami, Allahyarham Sudarman Daud yang telah pergi mengadap Illahi pada tahun 1996 lalu.

Arwah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang turut mengakibatkan Albaniah mengalami kecederaan.

Sambil mengakui dirinya hanya berkongsi pengalaman indah, bintang Syurga Untukmu ini juga turut merakam kenangan gayanya pada ketika itu.

“Bila duduk rumah ni macam-macam selongkar. Jumpa gambar ni. Saje nak throwback zaman dulu-dulu.

“Kalau you all nak cari dalam Goggle pun takde. Kongsi kenangan indah waktu dulu.

“Rupanya zaman dulu dah pakai dah fesyen sling bag. Sekarang fesyen bag macam ni pakai balik. Betul la orang cakap, takde dulu, takde skrg. Alfatihah,” tulisnya.

Perkongsian dari pelakon berusia 50 tahun itu nyata mendapat perhatian peminat.

Malah Albaniah juga dilihat memberikan reaksi terhadap komen yang diberikan peminat di ruangan komen.

Sekadar mengimbas, Albaniah dan arwah suaminya mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1993 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Foto: Instagram Nor Albaniah

IKLAN