Pelakon Fattah Amin mendedahkan fokusnya tidak terganggu meskipun berdepan cabaran bertukar pengarah sewaktu menjalani penggambaran filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
Menurut Fattah yang juga merupakan tunjang utama filem ini, dia telah membuat persiapan rapi daripada aspek fizikal dan mental sebelum melangkah ke set penggambaran.
“Kita kena sentiasa kekal positif dalam apa jua yang kita lakukan. Kalau kita tak postif, ia akan mengganggu hasil kerja kita.
“Sejak sebelum memulakan penggambaran lagi, saya anggap karakter Awang ini sebagai satu komitmen.
“Walau apapun cabaran dan halangan yang mendatang seperti bertukar pengarah, saya tetap perlu melunaskan tanggungjawab saya. Itu yang saya tanamkan dari awal hingga akhir,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, Fattah turut menyifatkan setiap cabaran yang berlaku secara tidak langsung telah menaikkan semangat semua pihak yang terlibat di dalam filem ini untuk memberikan yang terbaik.
“Untuk menghasilkan sesuatu yang baik dan cantik, ada kalanya ia memerlukan cabaran untuk kita melakukan yang terbaik. Kalau terlalu mudah, kita akan sambil lewa.
“Cabaran-cabaran ini juga yang membuatkan semua pihak di dalam filem ini berkobar-kobar untuk buat yang terbaik,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, suami kepada pelakon, Nur Fazura ini juga akui bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk membawakan naskah hebat ini meskipun lakonannya pernah dikritik sebagai ‘kayu’ satu ketika dahulu.
“Saya anggap ini semua rezeki dan aturan Allah itu sangat cantik serta luar biasa. Soal rezeki ini, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Kita tak boleh nampak.
“Namun, saya tanamkan dalam diri yang saya ingin mencari rezeki yang halal. Saya nak buat yang terbaik dalam apa juga perkara yang saya lakukan.
Ads
“Jadi, ikhlas itu hanya Allah yang tahu. Bila Allah nampak, mungkin sebab itu saya diberikan peluang untuk mendapatkan naskah-naskah yang baik,” akhirinya.
Terdahulu, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Januari.
Selain Fattah, filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su dan Namron.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menggalas tanggungjawab sebagai stesen televisyen yang mempromosikan gaya hidup Islam, TV AlHijrah sentiasa meletakkan kepentingan dakwah Islamiah sebagai roh dan orientasi penyiarannya.
Ini termasuk meletakkan komitmen untuk menjadi stesen televisyen utama negara yang meraikan hari kebesaran Islam menurut sunnah Baginda Rasulullah S.A.W.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, stesen berkenaan masih mengekalkan tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam dengan penuh barakah.
“Pada tahun ini, tema Baitullah Bertemu Kembali diangkat menjadi latar, tema dan panduan kepada kandungan yang ditayangkan di stesen ini sepanjang kempen haji 1443H berlangsung, menerusi kempen Program Haji 1443H bermula 20 Jun 2022 hingga 13 Julai 2022.
“Tema ini turut jelas menyatakan objektif penyiaran kami sepanjang Zulhijah ini iaitu menjadi stesen pemangkininspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah apabila berkemampuan,” katanya.
TV AlHijrah membariskan sembilan program menarik dan khas buat santapan rohani penonton disamping program-program sedia ada.
Antara yang disajikan ialah program bual bicara Live “Labbaikallah” yang telah memasuki tahun kesepuluh siaran yang bakal dikemudi oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan Ustaz Azhar Ghazali.
Sembang Haji pula bakal membincangkan isu-isu haji dan menjawab persoalan serta tanda tanya dalam kalangan masyarakat sementara Tangisan Di Baitullah, memaparkan seleksi kisah penghijrahan mereka yang rindu untuk meratap dan bermuhasabah diri di Baitullah untuk dijadikan pedoman penonton.
Paling istimewa, Munajat Arafah yang akan disiar secara langsung selama 17 jam bermula seawal 5 pagi hingga 10 malam bersempena Hari Arafah.
Rancangan-rancangan menarik Kempen Haji 1443H ini turut boleh dinikmati menerusi aplikasi telefon bimbit stesen ini yang dikenali sebagai AlHijrah Plus.
Lebih 5000 program ilmu pendidikan serta hiburan berlandaskan Islam dapat ditonton bila-bila masa dan di mana sahaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48, Rabu lalu.
Terbaru, Sheila telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Sheila menerima hadiah dan ucapan dari salah seorang anak lelakinya, Uzair Haqimy.
“Bila ada yang menyedihkan pasti ada yang menggembirakan.Thank you ANAK @uzairhaqimy69 i’m touched beyond words Love u too much son #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Bersempena dengan tarikh bermakna 10 Muharram, Erra Fazira menerusi Instagram ada berkongsi beberapa peristiwa penting yang pernah terjadi pada tarikh tersebut.
Jelasnya di ruangan kapsyen, Nabi Musa diselamatkan daripada Firaun, Nabi Ibrahim diselamatkan daripada dibakar dan Nabi Nuh diselamatkan daripada banjir besar.
Menerusi video yang dikongsi juga dititipkan kata-kata hikmah yang cukup terkesan hingga ke lubuk hati untuk dimanfaatkan.
“Salam 10 Muharram.
“Banyak peristiwa penting sebenarnya dalam 10 Muharram ini, selain dari Nabi Musa diselamatkan dari Firaun.
“Nabi Ibrahim diselamatkan dari dibakar. Ini mukjizat Nabi Ibrahim.
“Nabi Nuh diselamatkan dari banjir besar dengan Kapal Besar yg dibina sendiri oleh beliau sedangkan anak dan isteri beliau tidak bersama kerana enggan beriman kepada Allah.
“Bismillah semoga hari ini membawa berkah. Sungguh beruntung bagi orang yang mendapatkan dalam buku catatan amalnya, banyak istighfar.
“Jangan buka aib. Kalau gaduh teruk macam mana sekalipun, benci tahap gila ke apa, tolong la belajar untuk tidak buka aib sesiapa.
“Jangan remehkan orang yang ‘diam’ dan jangan terlalu percaya dengan yang ‘pandai berbicara’.
“Jangan buruk sangka bila benar kau tak dapat pahala bila salah kau berdosa.
“Bersyukur kepada Allah SWT masih diberi nafas.
“Jangan terlalu sibuk dengan urusanmu sehingga kau lupa untuk apa kau diciptakan.
“Kesedihan itu mengecil jika dirahsiakan. Membesar jika dikeluhkan.
“La Tahzan Innallaha Ma’ana. Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.
“Nabi saw bersabda:
Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” – HR Bukhari
“Doa seorang muslim adalah mustajab saat mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuannya, Malaikat yang ditugaskan mengawasi di samping kepalanya saat seorang itu mendoakan kebaikan untuk saudaranya, Malaikat mengatakan ‘Aamiin’ dan bagimu mendapat seperti itu.” – HR Muslim
“Orang yang hebat adalah orang yang sedang bersedih tapi tetap berusaha membahagiakan orang lain.
“Semoga kita bisa bertemu Allah dalam keadaan Ia suka kepada kita,” kongsi primadona ini panjang lebar.
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...