Kalau dilihat trend sekarang ini, banyak penyanyi atau pelakon di Malaysia akan mencuba bidang lain dalam usaha untuk mengembangkan bakat yang ada.

Ada yang menyandang jawatan penyanyi dan pelakon, pelakon dan modelling malah penyanyi/ pelakon dan pelawak pun ada.

Berikutan itu, pengacara dan pelakon, Yaya Zahir mengakui bahawa dia tidak terfikir untuk mengembangkan bakat yang ada dalam bidang lain terutamanya nyanyian.

IKLAN

“Saya rasa kalau saya menyanyi, terus tamat kot karier saya dalam industri ini sebab saya memang tidak boleh menyanyi,” katanya.

‘Kalau Menyanyi Terus Tamat Kot Karier Saya’ – Yaya Zahir

Yaya berkata demikian semasa ditemui di belakang pentas Anugerah Meletop Era 2018, semalam. Yaya merupakan pengacara HLive! serta pernah berlakon dalam drama ‘Hikayat Cinta Si Pematah Hati’.

IKLAN

Saat diusik beberapa kali oleh pengacara ‘Backstage’ AME2018, Haniff Hamzah untuk menyanyi, Yaya dengan malu-malu menegaskan bahawa dia sememangnya tidak boleh menyanyi.

Dalam pada itu, Yaya kini terlibat dalam satu drama mini digital ‘3 Gadis Manis Musim Kedua’ di samping Hannah Delisha, Dee Alhadi, Aedy Ashraf dan Fahad Iman.

IKLAN

‘Kalau Menyanyi Terus Tamat Kot Karier Saya’ – Yaya Zahir

Memegang watak sebagai Nina, karakternya seakan-akan sama dengan personaliti Yaya sendiri. Program tersebut sudah bersiaran menerusi platform digital bermula 7 April lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI