Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dirinya ada memasang hajat untuk berhenti daripada dunia lakonan bagi memberikan sepenuh tumpuannya dalam membesarkan anak-anak.
Memetik laporan Kosmo Online, dia kini sedang merangka perancangan masa depannya termasuklah mempersiapkan dirinya dalam menceburi bidang bisnes.
“Sebenarnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya rasa puas dapat duduk di rumah memasak, tengok anak belajar dan banyak lagi.
“Ikutkan saya punya perancangan dalam tiga atau empat tahun lagi sebelum umur masuk ke angka 50 tahun, saya nak berhenti jadi pelakon.
“Sebagai persediaan, saya buat bisnes wangian dan selagi ada peluang saya ambil walaupun kecil, janji ada rezeki.
“Asalkan anak-anak ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, saya bersyukur,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Menurut pelakon filem, Mami Jarum Junior itu lagi, dia turut berhasrat untuk menghantar kedua-dua orang anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz.
Mengakui sering terbawa-bawa dengan urusan dunia ketika usia muda, Rita mendedahkan dia kini lebih matang dan sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama.
“Saya secara perlahan dalam usaha mendalami agama dan merancang menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, doakan semoga semuanya dipermudahkan,
“Allah bagi kita ujian kerana ada sebab. Jujur saya katakan, saya kini mula menjaga solat. Dahulu tidak, kerana saya terlampau mencintai manusia. Saya sudah kahwin, ada suami, ada anak tetapi tak bersyukur.
Ads
“Apabila ditimpa ujian barulah saya beringat. Allah tak tinggal saya, itu yang buat saya semakin kuat sebab tahu Allah sayang saya. Dari situ saya semakin menjaga hubungan dengan Allah,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan dia sejujurnya tidak menolak seandainya Allah mempunyai perancangan mengenai jodohnya.
“Mungkin Allah nampak kelemahan saya sampai ditarik satu demi satu orang yang saya sayang supaya saya kembali kepada-Nya.
Ads
“Mungkin, kalau saya masih di situ, saya takkan beringat dan berubah menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
“Kalau Tuhan hantar ‘hadiah’ kepada saya, kenapa saya tolak? Mungkin itu adalah ‘pelangi’ untuk saya. Kalau Allah hantar jodoh, saya akan terima dengan reda,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 12 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 10 tahun.
Sumber: Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya ketika menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 pada Sabtu dan Ahad lalu, Instafamous Aina Shuada bersyukur atas pemilihannya.
Meski belum pun dipilih sebagai finalis, namun keupayaannya untuk mara ke peringkat seterusnya dianggap sebagai tuah.
Difahamkan juga, Aina merupakan teman wanita kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syazwan Andik dan keduanya sering memuat naik gambar bersama.
Tidak dinafikan, setiap kali tibanya sambutan hari lahir dari artis terkenal, pasti akan ada di kalangan rakan-rakan yang memberi reaksi, bahawa tarikh hari jadinya sama dengan kita.
Jadi kali ini, MH senaraikan 20 tarikh lahir selebriti terkenal kita sebagai rujukan. Manalah tahu, ada di antara tarikh yang kami senaraikan ini tersama dengan hari jadi kalian juga kan?
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak kisah dikecam kerana mempertahankan rakan pelakon, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya,...