“Kalau Malas Nak Pergi Dapur, Jangan Iri Hati Dengan Kehidupan Orang Lain,”- Nazim Othman

Share

Pelakon Nazim Othman sering sahaja berkongsi gambar percutiannya di luar negara.

Lalu, bintang drama Monalisa ini juga ada memberikan motivasi buat golongan yang gemar melancong, tetapi malas untuk berusaha bagi mencapai impian.

“Macam mana nak travel selalu? Jawapannya, awak kena kerja dulu. Kalau kita malas, dari dalam bilik nak pegi dapur amik air pun rasa berat, maka janganlah ada perasaan iri hati tengok kehidupan orang lain lebih baik darimu.

“Saya pernah hidup susah. Susah sangat sehari cuma mampu bertahan makan roti sebungkus 50 sen tu je.

“I dealt with hardship and failure more than most people because I always strived for a better life and will keep doing that to be in the best elements.

“Life is shorter than we think. It’s not too late for U to start over,” tulis Nazim panjang lebar.

Sementara itu, Nazim menjadikan Instagram sebagai ‘arkib’ bagi menyimpan moment manis sepanjang percutian di negara orang.

Lebih menarik, Nazim turut kreatif dengan menyunting video percutiannya sendiri.

Foto/Video : Instagram Nazim Othman

IKLAN