
Pelakon, Scha AlYahya ada berkongsi video ‘throwback’ saat anaknya, Lara Alana masih bayi di laman Instagramnya semalam.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen foto itu yang seolah-olah memberi ‘hint’ kepada para peminat.
“Orang tua tua kata kalau main air liur ni tandanya nak dapat adik. Nah dia main air liur 3 tahun lepas,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang bertanyakan sama ada Lara bakal dapat adik tak lama lagi.
![]()
Sebelum ini, Scha pernah berkongsi hasratnya untuk ‘tambah lagi satu’ sebelum berakhirnya kalendar 2018.
Namun, katanya lagi dia hanya ‘go with flow’ sahaja dan tidak begitu beria-ia untuk mendapatkan anak lagi.

Wah! Kalau betul lah ‘hint’ yang diberikan Scha itu, tentulah Lara merupakan insan yang paling gembira kan? Apa-apapun, kita doakan yang terbaik sahaja buat keluarga mereka.
Foto/Instagram: Scha AlYahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

