“Kalau Laki Lain Mati Balik Tak Nak Ambil Watak Ni,” – Komen Zarina Anjoulie Fasal Budi Di Tangan Naim Daniel

Share

Awal tadi, pelakon sensasi Zarina Anjoulie ada berkongsi pandangan peribadinya mengenai watak Budi yang dilakonkan Naim Daniel menerusi drama bersiri, Pia.

Kata Zarina dia menyukai keberkesanan lakonan bintang muda itu dalam menghayati watak.

“I suka la tengok dia ni his so good at acting. Kalau laki lain mati balik tak nak ambil watak ni semua nak yang macho je control handsome but @naimdaniel killed this,” tulisnya menerusi Instagram.

Lalu, perkongsian Zarina itu turut mendapat reaksi dari peminat yang sama setuju dengan skil lakonan Naim menerusi Pia.

Terdahulu, Pia yang turut didukung pelakon hebat lain seperti Alif Satar dan Zara Zya mengisahkan mengenai Pia yang tersepit di antara statusnya sebagai isteri serta pada masa sama perlu memikul tanggungjawab bagi menjaga adiknya yang kurang upaya selepas kedua ibu bapa tiada.

Pia bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

Foto: Instagram Zarina/ Naim Daniel

IKLAN