Untuk pengetahuan, rumah hantu ini adalalah sepanjang 500 meter yang mempunyai pelbagai ‘hantu-hantu’ yang akan menghantui sepanjang perjalanan anda di situ.

Lebih 100 prop menanti serta pengalaman yang pasti akan mendebarkan anda. Tidak cukup itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti konsert, lukisan muka, ‘photo booth’ dan permainan-permainan lain.

Awal minggu lalu, MH dapat ‘invite’ untuk menghadiri media launch Haunted Fest ini dan dapatlah merasai sedikit pengalaman yang bakal pengunjung rasai nanti.

Seawal memasuki ‘scene’ pertama ‘mock hanuted house’ itu, MH sudah berdepan dengan perasaan seram diikuti dengan psiko melibatkan seorang badut.

Kalau Korang ‘Horor Lover’, Korang Kena Cuba Sendiri Rumah Hantu Terpanjang Di Malaysia Ini!

IKLAN

Memasuki bilik kedua pula, perasaan yang sama turut dirasai namun sedikit seronok dan takjub melihatkan babak yang ada di depan mata. Kelibat-kelibat yang menghampiri turut menambah debar di hati.

Memasuki bilik terakhir, MH berdepan dengan satu babak seperti dalam filem Annabelle. Memang menyeramkan. Entah bagaimana, pintu untuk keluar dari bilik tersebut terkunci dan MH dan rakan-rakan lain terperangkap didalam bersama ‘kelibat’ tersebut.

Pencahayaan yang suram tidak membantu apabila sumber cahaya hanyalah daripada lampu tidur yang terletak di sebelah kelibat tersebut.

IKLAN

Bilik yang pada mulanya cerah tetiba menjadi gelap gelita, rakan media yang pada awalnya tenang, terus berubah menjadi panik kerana hilang deria melihat seterusnya kedengaran juga kelibat itu jalan berdekatan.

Saat pintu terbuka sahaja, terasa kelegaan dapat keluar daripada mimpi ngeri tersebut. Apa yang MH rasakan hanyalah sedikit sahaja daripada ‘Haunted Fest’ yang bakal berlangsung pada 23 Jun bertempat di Starxpo Centre, KWC Fashiol Mall bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam dibawakan oleh Epico.

IKLAN

Turut ada adalah makanan-makanan yang tentunya akan menarik perhatian anda.

Kalau Korang ‘Horor Lover’, Korang Kena Cuba Sendiri Rumah Hantu Terpanjang Di Malaysia Ini!

 

Apa-apapun, MH sendiri tak sabar nak merasai sendiri pengalaman memasuki rumah hantu sepanjang 500 meter itu nanti! Sebarang info lanjut boleh layari www.hauntfest.com.my.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI