Scha Alyahya gembira dengan sambutan dan penerimaan bakat baru dunia seni yang turut memberanikan diri mencuba nasib dalam uji bakat Pencarian Dewi Remaja terbaru yang telah pun berlangsung minggu lalu.

Katanya, kepercayaan yang diberikan terhadap status dan kredibiliti jenama berkenaan sekali gus membuat ramai gadis percaya akan Dewi Remaja, termasuk selebriti yang sedia bertapak dalam industri.

“Mungkin mereka sudah pun sedia tahu dan percaya dengan Dewi Remaja itu sendiri. Sebab kalau kita tengok, semua orang tahu apa itu Dewi Remaja. Jadi apabila ada penyanyi atau pelakon yang beranikan diri untuk hadir ke sesi ujibakat, itu saya pencapaian dan saya hormati keputusan mereka.

“Kiranya mereka berani dan dari situ sudah nampak yang mereka mahu memperkasa atau meluaskan lagi kerjaya seni,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, Scha turut mengakui hala tuju yang dibawa Dewi Remaja sebagai platfrom dalam dunia seni turut menjadi pendorong utama ramai gadis mahu mencuba nasib.

IKLAN

“Hala tuju pun penting. Misalnya kalau kata Dewi Remaja, semua orang tahu jadi, mungkin title itulah yang mereka mahu bagi membantu perjalanan kerjaya,” kongsi Scha.

Ditanya sama ada pertandingan tersebut masih lagi relevan ketika ini, Juara Dewi Remaja 2005/06 itu memberi reaksi;

“Kalau kita tengok Noor Neelofa dan Raysha, maknanya Dewi Remaja itu masih lagi relevan,” katanya lagi.

IKLAN

Terkini, barisan 20 gadis bertuah yang bakal berentap bagi merebut gelaran Juara Dewi Remaja terbaru sudah pun diumumkan.

IKLAN

All the best girls!

Foto: Instagram Scha Alyahya

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI