“Kalau Kita Boleh Buat Semua Tu, Jadilah Bos,” – Selalu Mengeluh Sebab Kerja Susah? Adibah Noor Harap Semua Faham Tugas Majikan

Share

Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor merasakan para karyawan hendaklah sentiasa mengutamakan soal kualiti kerja setimpal dengan gaji yang diperoleh.

Menurut Adibah, para pekerja tidak seharusnya mengeluh sebaliknya cuba berfikir daripada sudut pandang seorang majikan yang sentiasa bertungkus lumus demi memastikan perusahaan yang mereka kendalikan berjalan dengan lancar.

“Kita dibayar gaji untuk bekerja. Tapi kita sering mengeluh, susahnya kerja.

“Pernah fikir? Macam mana bos kita create business tu supaya dia boleh bayar gaji pekerja?

“Dia punya network, lobbying, macam-macam lagi lah. Kalau kita boleh buat semua tu, hah jadilah bos,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Terlalu Istimewa itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Katanya lagi, sekiranya kita sentiasa bercakap mengenai soal susahnya bekerja, majikan pula harus memikirkan soal aliran masuk wang bagi memastikan gaji pekerja tidak terabai.

Adibah turut menambah, jika para pekerja memiliki keupayaan sedemikian, mungkin sudah tiba masanya mereka menukar kerjaya dan menjadi seorang majikan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai berhubung kenyataan yang dikonsioam oleh Adibah itu.

“Dulu-dulu selalu “kutuk” boss sebab macam-macam hal tapi bila dah jadi boss, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Antara jadi boss yang tau mengarah atau jadi boss yang tau memimpin,” komen Ida Wahab.

“Allah, Ye kak, sedih tengok staf jagaan kita, selalu merungut. Gaji basic 18++, ada OT, makan bagi, elaun outstation ada dan elaun stanby ada,” tulis Azman6089

“Tak payah pening-pening. Cari kerja lain atau bos dalam company sendiri,” balas Aqd.

“Kak, orang banyak mengeluh sebab gaji kecik tak setimpal dengan kerja. Bukan mengeluh sebab susah kerja. Pelakon pun selalu mengeluh sebab dpt bayaran ciput tak setimpal dgn job kot,” respon Idham Zulkifli.

Dalam perkembangan lain, Adibah bakal membintangi sebuah drama terbaru yang berjudul Keluarga Untuk Disewa yang turut menampilkan pelakon seperti, Pekin Ibrahim, Fimie Don, Azhan Rani dan ramai lagi.

Drama, Keluarga Untuk Disewa bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 2 November ini di saluran TV9 jam 8.30 malam.

Sumber: Twitter & Instagram Adibah Noor

IKLAN