“Kalau Kelakar Kita Gelak…,” – Jadi Juri MLM2021, Uqasha Senrose Mahu Nilai Pelawak Dari Kaca Mata Sebagai Penonton

Share

Aktres, Uqasha mengakui teruja setelah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab selaku juri tetap di program berpestij, Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Menurut Uqasha, dia menyifatkan peluang ini sebagai satu pengiktirafan kerana dia sememangnya merupakan antara peminat tegar program lawak tersebut sejak sekian lama.

“Assalamualaikum. Firstly Qasha nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan pada Qasha untuk menggalas tugas sebgai juri tetap untuk program yang cukup hebat ni.

“Bertahun-tahun Qasha memang pengikut setia Maharaja Lawak Mega tak pernah miss because I enjoy the show and rasa sangat terhibur dengan peserta-peserta yang hebat-hebat belaka,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Rindu Awak Separuh Nyawa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Mengakui dirinya bukanlah orang yang arif di dalam dunia lawak atau komedi, namun, kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose ini memaklumkan dia akan menilai setiap persembahan melalui kaca mata seorang penonton dan pelakon.

“This year I’m one of the juries. I’m super excited dan can’t wait to see all of our contestants berikan yang terbaik.

“Dan Qasha bukan seorang pelawak untuk menjuri atau mengkritik tentang melawak yang bukan dalam bidang qasha tapi sebagai mata-mata penonton dan sebagai seorang pelakon, Qasha nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak otai kita. Kalau kelakar kita gelak,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa teruja selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Uqasha.

“Alhamdulillah, you did great. Cantik sangat-sangat Uqasha.

“Baru semangat nak tengok kan ada Uqasha Senrose. Just enjoy the show. Please bagi semangat dekat pelawak-pelawak tu kalau diorang down. Baru juri yang best.

“Cantik sangat Uqasha last night. We’re proud of you. Baru semangat nak tengok sebab ada kesayangan setiap minggu.

“Tambah excited tengok MLM sebab ada Kak Qasha,” antara reaksi-reaksi peminat di ruangan komen.

Selain Uqasa, posisi kerusi panas itu turut disandang oleh tiga orang juri lain iaitu Noh Salleh, Diana Danielle dan Datuk Rosyam Nor.

Sekadar informasi, MLM2021 akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna (107) dan ia juga boleh ditonton secara on demand menerusi aplikasi Astro Go.

Sebanyak 11 kumpulan akan bersaing pada MLM2021 bagi merebut peluang memenangi hadiah utama berjumlah RM500,000.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose

IKLAN