Seperti semua sudah sedia maklum sekarang ini di TV3 rancangan Bintang Bersama Bintang (BBB) mendapat tempat di hati peminat apabila membariskan pelawak-pelawak terkenal sebagai peserta.

Ahad lalu telah berlangsungnya pentas BBB minggu yang ketiga. Salah seorang peserta dalam rancangan ini adalah pelawak popular, Achey Bocey telah bergandingan dengan penyanyi remaja popular, Aiman Tino dan persembahan mereka benar-benar menghiburkan hati penonton.

MH sempat meninjau akaun Instagram milik Achey dan salah satu gambar yang dikongsi bersama Aiman telah mendapat komen yang sangat positif tentang persembahan mereka.

hellmihamzah: Paling Best perfom.. Deserve to win laa.. Tahniah Achey dan Aiman Tino @official_aimantino ..

IKLAN

azlee2797: persembahan abg @acheykintangkintung memang ???? dan terbaik kasi pacing para pengundi agar maju ke final ok teruskan latihan ok fokus #inshaallah anda percaya anda berjaya

hanadebab: Achey tak pernah tak terbaik .. dari mula bmb lagi.. bochey .. smua terbaik .. kipidap,dongibab,u can do it achey

IKLAN

Dalam banyak-banyak komen ini, terdapat satu komen daripada peminat Achey yang mendapat perhatian MH di mana individu tersebut telah mendoakan Achey agar menjadi juara dalam pertandingan ini dan dia juga turut menasihatkan artis kesayangannya ini untuk tidak berjoli sakan.

pijannn.__: Semoga Juara ye @acheykintangkintung Juara tu duet Jangan joli. Hahaha. Simpan atau bawak keluarga pergi menunaikan UMRAH atau HAJI lebih baik. @pijannn.__ sentiasa SUPPORT @acheykintangkintung Semoga Juara ye @acheykintangkintung

IKLAN

Nampaknya Achey juga turut membalas komen peminatnya ini supaya jangan risau.

“@pijannn.__ jgn risau kalau saya sejenis lupa… tak lama saya dlm industri ni… dah dkt 6tahun dah… rasanya bnyak dugaan yg tempuh…,” balas Achey.

Apapun MH doakan Achey dapat memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu di BBB.

Sumber: Instagram Achey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI