Anak kepada pelakon senior Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi sahut cabaran apabila terpilih melalui sesi uji bakat ‘Top 100’ program nyanyian realiti terbaharu, Raise The Star, minggu lalu.
Mengharapkan agar dirinya terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya, pelakon dan penyanyi ini akui dia ambil semangat isteri yang baru saja ‘berjuang’ bersalin anak kedua mereka, lebih minggu lalu.
Sudah Dua Anak
“Saya pun sudah dikurniakan dua cahaya mata. Jadi kena usaha (cari rezeki) lebih lah. Rasa saya untuk situasi sekarang, kebanyakan daripada kita pun tengah usaha untuk ke arah yang lebih baik.
Ads
“Apa pun, saya percaya untuk kita cakap sesuatu kejayaan itu kita kena lalui jalan yang berliku,” katanya ketika ditemui sejurus selesai uji bakat tertutup Raise The Star di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.
Bawa Semangat Isteri
Tidak mahu terus dibayangi kejayaan lama, meski pernah menjuarai sebuah program realiti TV dan memenangi wang tunai RM100,000 dulu, Fareez sanggup mengetepikan ego dan memulakan semula langkahnya.
Ads
Demi masa depan isteri dan anak-anak, rasa malu dan segan itu dibuang jauh. Satu penghormatan buat lelaki yang memilih untuk terus berjuang, bukan berundur.
Ads
“Memang, saya ambil semangatnya untuk ke sesi uji bakat ini. Kalau isteri boleh hadap untuk potong perut (bersalin), mengapa tidak saya untuk balasnya dengan berikan yang terbaik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Anak kepada pelakon senior Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi sahut cabaran apabila terpilih melalui sesi uji bakat ‘Top 100’ program nyanyian realiti terbaharu, Raise The Star. Mengharapkan agar dirinya terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya, pelakon dan penyanyi ini akui dia ambil semangat isteri yang baru saja ‘berjuang’ bersalin anak kedua mereka, minggu lalu. Tidak mahu terus dibayangi kejayaan lama, meski pernah menjuarai sebuah program realiti TV dan memenangi wang tunai RM100,000 dulu, Fareez sanggup mengetepikan ego dan memulakan semula langkahnya. Demi masa depan isteri dan anak-anak, rasa malu dan segan itu dibuang jauh. Satu penghormatan buat lelaki yang memilih untuk terus berjuang, bukan berundur. Salute! #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ Angel’s Healing Whisper – D.ai.GO
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelantun lagu popular ‘Lagi Syantik’, Siti Badriah selamat melahirkan anak kedua, seorang bayi perempuan, pada Khamis, 15 Mei 2025 di Mandaya Royal Hospital Puri, Tangerang, Banten.
Suami Siti, Krisjiana Baharudin, berkongsi berita bahagia ini melalui Instagram dengan memuat naik beberapa gambar anak perempuan mereka yang baru lahir.
“Alhamdulillah, pada jam 7.32 pagi tadi, kami dikurniakan anak perempuan kedua di @mandayaroyalhospitalpuri,” tulis Krisjiana di akaun Instagramnya.
Namun begitu, nama bayi comel ini masih belum didedahkan kepada umum oleh pasangan ini.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram Stories, kelihatan Krisjiana menggendong bayi mereka dengan penuh kasih sayang, manakala Siti menzahirkan kegembiraannya melihat suami begitu teruja menerima kehadiran si kecil.
“Sebelum ini, Krisjiana sering berkata, ‘Baby, ini daddy, nanti kita jumpa ya’. Tapi sekarang katanya, ‘Baby, ini daddy, kita sudah jumpa ya’,” kata Siti sambil tersenyum manis.
Pasangan ini, yang sah bergelar suami isteri sejak 25 Julai 2019, sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Xarena Zenata Denallie Baharudin pada Mac 2022.
Kelahiran anak kedua ini dianggap sebagai anugerah terindah yang melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga kecil mereka yang sentiasa dinantikan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh Khairul Aiman Abdul Kudus menafikan perceraiannya bersama bekas isteri yang juga usahawan sensasi, Siti Jamumall hanyalah sekadar gimik pemasaran.
Malah, Aiman mamaklumkan dia sendiri tidak menjangka situasi tegang ketika malafazkan cerai itu berlaku sewaktu bekas isterinya itu sedang membuat sesi siarang langsung.
“Berhubung dakwaan bahawa isu ini hanyalah satu gimik pemasaran, saya ingin jelaskan bahawa semasa siaran langsung malam kejadian, saya sendiri ada bertanya kepada Siti sama ada ini adalah untuk tujuan pemasaran.
“Saya langsung tidak menjangkakan perkara itu berlaku. Saya baru pulang dari kerja, dalam keadaan penat dan sedikit tertekan malam itu. Jadi saya tegaskan, ini bukan gimik,” katanya, lapor Harian Metro.
Dalam pada itu, Aiman turut memohon pihak media untuk bertanyakan soal gimik itu kepada Jamumall sendiri untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
“Kalau mahu tahu sama ada ia satu bentuk strategi pemasaran, kena tanya Siti kerana dia yang memulakan siaran langsung itu.
“Mungkin hanya dia yang tahu sama ada ia disengajakan untuk meningkatkan jumlah tontonan atau tidak.
“Daripada pihak saya, saya yakin ini bukan gimik. Namun, saya tidak boleh bercakap bagi pihak dia.
“Saya juga tidak tahu jika saya dijadikan sebagai bahan untuk mencipta gimik. Itu saya tak pasti,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Aiman menegaskan dia tidak berada di bawah pengaruh dadah sewaktu melafazkan cerai terhadap isterinya itu.
Malah, dia juga sudah membuat ujian saringan air kencing bagi membuktikan kenyataannya itu.
“Disebabkan kenyataan Siti dalam siaran langsung (live) tempoh hari, saya sedar akan timbul pelbagai persepsi terhadap saya. Saya juga memang seorang yang mudah tertekan semasa ‘live’.
“Jadi, saya faham jika ada pihak yang melihat saya dalam sudut negatif. Namun, saya bertindak mempertahankan diri. Saya sendiri ke klinik untuk menjalani ujian air kencing mengikut kemampuan saya.
“Keputusan daripada lima jenis ujian dadah yang dijalankan menunjukkan keputusan negatif dan saya bebas daripada sebarang bahan terlarang,” katanya.
Pada masa sama, Aiman turut mendedahkan pihak keluarganya tidak mencampuri urusan pencerainya itu dan menyerahkan segala keputusan kepada dirinya sendiri.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini menetapkan tarikh 21 Julai ini untuk sebutan pertama prosiding perceraian di antara Aiman dan Siti Jamumall.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saingan program realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) kini semakin sengit apabila dua pesertanya, Ashmirul dan Qarl G, diumumkan tersingkir dalam konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad lalu.
Terdahulu pada minggu pengenalan, 18 peserta telah diperkenalkan namun enam daripada mereka iaitu Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman terpaksa meninggalkan pentas BSA, seterusnya gagal berada peringkat ‘The Big 12’.
‘The Big 12’ kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Prime dan Alpha Ultra, masing-masing terdiri daripada enam peserta.
Namun, selepas penyingkiran Ashmirul dan Qarl G yang berada dalam kumpulan Alpha Prime, kini kumpulan tersebut hanya tinggal empat peserta.
Profil Peserta Alpha Prime
Rizal Rasid
Penyanyi asal Brunei ini pernah berkhidmat sebagai pramugara di Royal Brunei Airlines sebelum aktif dalam dunia nanyian pada sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, Rizal atau nama sebenarnya Muhd Rizal Azhiman Mohd Rasid sudah mempunyai beberapa buah single seperti Cukup, Nadi, Hubungan Tanpa Status dan banyak lagi.
Ariel Fesol
Ariel Fesol antara peserta yang harus diberikan perhatian memandangkan sebelum ini dia pernah mengikuti pertandingan realiti popular, Idola Kecil musim kedua. Mengambil cuti panjang daripada bekerja di awan biru, Ariel atau nama sebenarnya Muhamad Fhazrill Fesol juga pernah melancarkan beberapa single sebelum ini seperti Bersangka, Pernah dan Terkesima.
Izat Ibrahim
Izat ialah satu-satunya wakil tunggal dari Singapura di BSA. Panyayi berusia 34 tahun ini aktif memenuhi pelbagai jemputan nyanyian di negara kelahirannya dan baru sahaja menjuarai sebuah program nyanyian di Singapura. Sepanjang bergelar penyanyi, Izat sudah melancarkan beberapa buah single seperti Tiada Gunanya, What Went Wrong dan Tak Perlu Tahu.
Afiq Sky
Menjadi peserta paling muda, Afiq Sky yang kini berusia 18 tahun bagaimanapun tidak bolej dipandanf sepi kerana dia berpengalaman membuat persembahan secara langsung. Ini kerana, Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Asyraaf Mohd Azli aktif sebagai penyanyi jalanan selain kerap muncul di dalam program TV.
Ashmirul
Amirul Ashraff Shafarudin atau Ashmirul, ialah penyanyi yang meminati genre Ballad, Pop, Reggae dan Alternatif Rock. Berumur 24 tahun, Ashmirul turut mempunyai hobi memasak dan mengemas. Singgle sulungnya yang berjudul Tunggu yang dilancarkan tahun lalu sudah pun ditonton lebih 20,000 kali di YouTube.
Qarl G
Mohamad Haikal Mohamad Nagib atau nama pentasnya, Qarl G berusia 27 tahun dan menjadikan pickleball serta mendaki gunung sebagai aktivitinya di masa lapang. Bercakap mengenai idola seni, dia kagumi penyanyi pop Hollywood, Ed Sheeran.
Daniel Sher
Daniel Sher memulakan perjalanannya di BSA dengan langkah kanan apabila meraih markah tertinggi di saingan minggu pertama dan kedua. Berasal dari Kluang, Johor, Daniel yang berusia 34 tahun ini pernah menyertai beberapa pertandingan realiti seperti Astro Star Quest 2015, The Voice Malaysia & Singapore 2017 dan Bintang AI@RTM 2020.
Allen Andersn
Allen Andersn atau nama sebenarnya, Joan Allan Anderson Sinapati ialah peserta yang berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia. Turut bergelar penyanyi, bintang berusia 34 tahun ini nyata memiliki suara unik ini dan pernah menyertai program The Voice Indonesia pada 2016. Namanya pernah viral selepas melancarkan lagu ‘cover’ Rindu pada 2024 yang dipopularkan oleh Agnez Monica.
Que
Peserta tinggi lampai berusia 26 tahun ini merupakan mahasiswa Fakulti Multimedia Kreatif di Multimedia University, Cyberjaya. Que atau nama lengkapnya Nazrul Fhad Sulaiman Fahmi berasal dari Sabah dan berkebolehan dalam bermain piano. Que turut meminati muzik pop alternatif, R&B dan Indie. Jadi, tidak hairanlah sekiranya dia menjadikan Michael Buble dan Maroon 5 sebagai idolanya dalam muzik.
Ray-D
Baru berusia 20 tahun, Ray-D telah menunjukkan kematangannya pada minggu pertama konser BSA apabila menyahut cabaran Ray-D menyanyikan lagu Napal Baji yang dipopularkan oleh PSY. Ray-D atau nama sebenarnya, Ariff Hilmy Muhammad Amir yang pernah menyertai Ceria Pop Star pada 2020 ini turut mempunyai kelebihan dari segi tarian.
Awienit
Peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini turut aktif bersama band yang diberi nama Latecomers sebagai vokalis sebelum menyertai BSA. Selain mempunyai hobi memasak, Awienit yang berusia 25 tahun Ini turut kagumu penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar.
Araff
Araff atau Muhammad Amirul Hasraff Mohd Pilus menunjukkan kualiti vokal yang mantap ketika membawakan lagu Nur Cinta di hadapan pencipta lagu tersebut, Edry Abdul Halim pada minggu pertama saingan. Baru berusia 19 tahun dan dilahirkan di Kedah, sinar bintang peserta ini tidak dinafikan kian menyerlah.
Kesemua 12 peserta BSA diadili oleh juri tetapnya iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abd Halim dan Hael Husaini.
Dihoskan oleh dua pengacara terkenal dari dua negara iaitu Elly Mazlein dan Rina Nose, BSA bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater, Shah Alam selama lapan minggu setiap Ahad jam 9 malam.
Ia turut dapat ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.