“Kalau Hisap Vape Apa Hukumnya?,” – Nadzmi Adhwa Tanya, Ini Penjelasan Padu PU Azman!

Share

Pelakon Nadzmi Adhwa ada memuat naik satu soal jawab berkenaan dengan penggunakan rokok elektronik atau vape bersama PU Azman menerusi IG TV miliknya, baru-baru ini.

Bertanya secara terus apakah hukumnya bagi mereka yang menggunakan vape, PU Azman dilihat turut memberikan penjelasannya secara spontan.

Menerusi penerangan yang diberikan, PU Azman antara lain menjelaskan sebarang perkara atau makanan yang diambil atau apa sahaja istilahnya, yang boleh mendatangkan kemudaratan maka hukumnya adalah haram kerana memberi kesan terhadap kesihatan.

“Berkenaan dengan soalan yang ditanya, memang sudah ada fatwa dari ulama, yang tonton boleh cari tentang pengharaman rokok dan vape,” katanya lagi.

PU Azman pada masa sama turut memberi pandangan kepada golongan spesifik yang ingin berhijrah (dari penghisap rokok tegar) secara perlahan-lahan dengan beralih kepada vape.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan rata-ratanya menyambut baik terhadap muat naik dari suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu.

Foto: Instagram Nadzm Adhwa

IKLAN