Baru-baru ini pelawakTauke telah memuat naik beberapa status mengenai ‘asam garam’ kehidupan rumah tangga.
Lantas, perkara itu telah menimbulkan persoalan ramai pihak kononnya rumah tangga mereka kini mengalami pergolakan.
Bagaimanapun, Tauke telah membuka mulut mengenai isu tersebut pada sekeping foto di Instagrammya.
“Salam toq.. haritu wa ada up story mengenai 7 tanda2 isteri derhaka..kesannya berita tu jd viral.. rata2 sahabat pandang serong kat gua..padahal niat kita baik..atas dasar beri infoyg berguna utk para isteri..begitulah cara kita berfikir.. kalau sesuatu itu pndg positif, maka positif lah jadinya.. kalau negatif, negatif lah pemikiran kita.. gua dh biasa dikeji,dimaki.. tp sentiasa gunakan kekuatan sebenar iaitu kesabaran..semoga tali ikatan setiap rumah tangga kita semua berkelalan.. selamat ulangtahun perkahwinan,” jelasnya.
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengakui sedang diulit bahagia dan rasa dihargai bersama teman baru.
Bagaimanapun, bintang yang cukup sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini masih belum bersedia untuk mendedahkan gerangan lelaki yang dimaksudkan, meski sudah memuat naik beberapa foto individu yang disertakan dengan emoji di media sosial.
“Saya akan dedahkan wajah kekasih apabila malam berinai nanti. Untuk majlis tersebut ia akan dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Cuma untuk nikah, mungkin akan jemput rakan media untuk raikan bersama.
“Apapun, saya akan cuba untuk mengekalkan konsep kesederhanaan kerana itulah yang saya mahukan. InsyaAllah, doakan andai ada rezeki,” katanya kepada MH.
Masih belum bersedia untuk berkongsi bila tarikhnya, Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina memberitahu ia sebenarnya masih lagi awal untuk diperkatakan kerana apa yang dibicarakan hanyalah perancangan peribadi semata-mata.
“Masih terlalu awal lagi untuk dikongsi. Hal macam ni kerana ada perbincangan yang sewajarnya daripada semua pihak,” jelasnya sambil memaklumkan hubungannya bersama jejaka berkenaan masih lagi baru.
Ditanya mengenai hubungan mereka dengan lebih lanjut, Kak Lina mengakui sudah ada bertemu dengan beberapa ahli keluarganya teman barunya itu.
“Ada kami berjumpa, keluar makan dengan adik-beradiknya yang lain. Malah pihak saya juga ada merancang untuk ke Kelantan bagi bertemu dengan keluarganya di sana pula.
“Cuma sekarang saya hanya melakukan panggilan video bersama ibunya sahaja,” akuinya yang memilih bulan Mac memandangkan ia musim cuti sekolah.
“Tapi ke sana bukan merisik ya, sebab kalau merisik mestilah dilakukan di kediaman belah pihak perempuan,” seloroh Elly.
Terdahulu, bintang ini ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang ke-38 tahun anjuran kelab peminat, Family Elly Mazlein di sebuah restoran di Cyberjaya.
Menyifatkan diri begitu bertuah kerana mempunyai peminat yang setia dan menyayangi dirinya, Elly nyata terkejut dan gembira atas kejutan yang dilakukan.
“Tahun lalu kami tak dapat sambut bersama kerana saya ada show. Pernah sekali dulu saja kami sambut beramai-ramai. Jadi tahun ini memang tidak sangkalah akan ada kejutan.
“Terima kasih buat semua, malah ada juga yang sudi menaja. Masih lagi diri ini diingati dan rasanya, konsep yang sederhana tetapi meriah sebegini lebih baik. Sebab lebih intim, boleh ketawa dan boleh isi masa dengan lebih rapat.
“Yang penting, kami kekal bersama sejak saya sertai Gegar Vaganza. Susah nak dapat peminat yang macam ni. Jadi bila sudah ada, rasa saya dihargai dan gembira,” akhiri Elly.
Selepas diperkatakan kerana bergaya sakan masuk stadium bagi memberi sokongan buat skuad Harimau Malaya di final Piala AFF Suzuki, nama figura cantik Rozita Che Wan sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila memuat naik gambarnya bersama suami Zain Saidin.
Posting foto mereka berdua sedikit istimewa kali ini apabila ia adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Lalu seperti biasa, pelakon dan usahawan itu tampak glamor menerusi persalinan yang digayakan. Ditatarias jurusolek terkenal, Syedewa, Che Ta turut mengenakan persalinan sarat perincian cetak flora.
Selain terpegun dengan gambar bidikan lensa dari Blackpepper Production, kami turut terhibur dengan reaksi dan komen pelbagai daripada netizen.
Antaranya, ada yang membayangkan pasangan ini saling tak tumpah seperti Priyanka Chopra dan Nick Jonas atas faktor jarak usia di antara mereka.
Lebih mencuit hati, kapsyen yang ditulis Che Ta pun tak kurang humor apabila mendedahkan suaminya itu baru saja berada di darjah 2 ketika dia telah pun dinobat sebagai Miss Intercontinental tahun 92.
Pelakon, Nadya Syahera memanjatkan kesyukuran apabila pembedahan anak keduanya, Mohamad Dayyan selamat menjalani pembedahan Hernia di sebuah Hospital Pakar Avisena.
Dia berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya, semalam.
“Alhamdulillah Dayyan selamat menjalani pembedahan Hernia dan sunat. Terima kasih semua yang mendoakan Dayyan.
“Terima kasih semua, Hernia Dayyan ni ada dari umur dia 1 bulan lagi, nak tahu hernia ni macam mana, kita sendiri akan nampak sebab dia akan timbul benjolan dekat kawasan alat atas alat sulit dia.
“So kalau makin lama dibiar takut ganggu usus dia,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai netizen mendoakan agar si kecil itu cepat sembuh.
Nadya mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada September 2016 lalu dan mempunyai dua orang anak iaitu Aleena Rose lahir pada Mac 2017 manakala Dayyan pula lahir awal Februari tahun ini.
Foto/Instagam: Nadya Syahera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya