“Kalau Dulu Orang Panggil Nana AF atau Nana Era,” – Cerita Fasal Nama Komersial, Nana Mahazan Buat Pendedahan…

Share

Pengacara versatil, Nana Mahazan ada memuat naik satu posting menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi Nana menerusi akaun Instagram miliknya, dia telah memberi ucapan ulang tahun kelahiran bapanya, Che Mahazan Che Aik.

Bintang yang dicungkil bakatnya menerusi  program realiti Akademi Fantasia musim pertama ini berkongsi sikap baik si bapa bersama peminat.

“Happiest birthday to my one and only Abah the best ever anyone cld ever wish for.. Abah saya minat photography, suka motivate orang, sgt positive and sensitive too.

“Abah ni baik hati, pemurah.. I know i copy my dad (or at least im trying to be as awesome as he is) except photography mmg saya hancus.. hahaahaha..,” kongsi Nana lagi.

Dalam pada itu, Nana turut menceritakan kisah di balik namanya itu.

“Im so glad i can carry you name abah.. kalau dulu org panggil Nana AF atau Nana Era, but i like to be called Nana Mahazan.

“Sebab apa yg baik baik dari saya adalah dari apa yg Abah ajar.. i love you abah… I see u soon abah.. maybe kita VC later with everybody ok.

“Please wish my Abah ok.. Nana doakan kesihatan abah selalu, dimurahkan rezeki, diberikan rahmat dan diberkatiNya selalu..,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan telah dilahirkan pada 1 Julai 1983 di Batu Pahat, Johor.

Nana mendirikan rumah tangga bersama Raqeem Brian Abdullah 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Althea, 8 dan Aaqib, 6.

Foto: Instagram Nana Mahazan

IKLAN