“Kalau Diberi Kesihatan Yang Baik,” – Amar Baharin Mahu Tawar Diri Jadi Penerima Pertama Suntikan Dos Ketiga Vaksin Covid-19

Share

Baru-baru ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Datuk Khairy Jamaluddin memaklumkan beberapa kumpulan pakar akan mengemukakan cadangan untuk memberi suntikan dos ketiga kepada penerima vaksin.

Namun sehingga kini, ia masih di peringkat awal dan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan.

Lalu, pelakon Amar Baharin mendedahkan dia terbuka untuk menjadi antara individu terawal untuk menerima suntikan dos ketiga vaksin berkenaan, andai ia baik untuk imuniti tubuh dengan izinNya.

“The study also found that giving a third dose too early (28 days after the second dose) induced a much lower antibody level – only one third compared with a third dose given six or more months after a second dose.

“Lepas 6 ke 8 bulan dari 2nd dose, let me be the 1st yang try booster dose ni k @khairykj dengan izin Allah kalau diberi kesihatan yang baik.

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم #sinovac,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Pada minggu lalu, Amar selamat menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Klinik Anda Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Amar Baharin

IKLAN