“Kalau Dia ‘Ada’ Umur Dia Dah 23 Tahun,” – Azian Mazwan Titip Doa, Al-Fatihah Buat Anak

Share

Penyanyi popular awal 90-an, Azian Mazwan Sapuan kembali mengenang permata hati yang telah pergi menghadap Illahi pada 16 Disember 2019 lalu.

Azian yang juga bintang Gegar Vaganza musim kedua (GV2) menjelaskan, hari ni genap ulang tshun kelahiran arwah yang ke-23 tahun.

“09.10.2022, Aqil dilahirkan. Kalau dia ‘ada’ umur dia dah 23 tahun. Allahumaghfirlahu, Warhamhu,Waa’fihi Wa’fuanhu.

“Alfatihah mohon hadiahkan buat anak saya Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu media melaporkan, Aqil yang berusia 19 tahun ketika itu, meninggal dunia selepas tiga minggu koma akibat kemalangan jalan raya.

Mohammad Aqil yang juga anak keempat daripada tujuh beradik, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan motosikal pada 22 November 2019.

Salam takziah, al-Fatihah…

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN